Jangan ditanya apakah radio nombor satu di Malaysia. Kedudukan itu masih dipegang oleh Radio Era dengan jumlah pendengar mencapai 6.8 juta (secara mingguan).

Antara yang menyumbang pada jumlah ini adalah program-program yang dijalankan sebelum ini termasuklah Budak-budak Baru Nak Up ERA, Karok Selebriti ERA, JoHaRa Wresting dan Cover Star ERA.

Namun itu dulu, sekarang ERA muncul lagi dengan koleksi program hebat yang bakal meriuhkan hidup anda. Ini 6 program dan kempen terbaru mereka yang anda perlu tahu.

#1 KEMPEN JOHARA TOUR

Program kegemaran ramai! Tak gelak tak sah!Seperti biasa, JoHaRa akan diriuhkan dengan tiga penyampai utama mereka iaitu ohan, Hanif dan Ray. Bagi program ini mereka bersama rakan-rakan selebriti ERA akan menjelajah ke negeri Pulau Pinang dan Johor untuk mencari juara ‘U Gelak U Out’.

Peserta akan bergandingan dengan barisan penyampai radio JoHaRa dan bersaing di antara satu sama lain dalam satu siri perdebatan punchline. Pasukan yang masih berdiri teguh di pusingan akhir akan berpeluang untuk memenangi wang tunai.

Kalau nak sertai, program ‘JoHaRa Tour’ mereka akan berada di Pulau Pinang pada 1 September ini dan Johor pada 15 September.

#2 DIGITAL STAR ERA

Makin laris Jaa sekarang!
Kalau mahu menjadi macam Jaa Suzuran, maka anda perlu sertia program ini. Apa yang penting, anda perlu fasih berbahasa Melayu, selesa bekerja di hadapan kamera dan memiliki personaliti yang menarik.

ERA mahu mencari bintang digital untuk menjadi pengacara TV dan wajah ERA yang baharu. Kempen ini dijadualkan bermula pada 20 Ogos 2018.

Matlumat selanjutnya mengenai kempen ini akan diumumkan kelak.

#3 BUDAK LIT ERA

Nantikan setiap Ahad!
Demam Big Stage telah pun bermula dan disebabkan itu ERA mewujudkan satu peraduan ‘Budak LIT ERA’ menggunakan suara artis-artis Big Stage untuk merakamkan sebuah lagu.

Apa yang anda perlu lakukan adalah teka lagu tersebut dan kemudian peluang memenangi hadiah wang tunai. Peraduan bermula dari 20 Ogos 2018 hingga 31 Ogos 2018. Simple kan? Straight to the point!

#4 PARODI LIT ERA

Siapa boleh lawan Danial ni, raja parody.
Kalau ditanya mengenai artis yang mampu meniru suara artis lain, tidak lain dan tidak bukan Danial lah orangnya. Namun bagi program ini Danial akan bergandingan dengan Johan, maka bertambah havoc lah jawabnya!

Apa yang dilakukan dua penyampai ini adalah buat parodi beberapa lagu sambil menyamar menggunakan suara selebriti. Sebagai pendengar anda perlu teka nama-nama selebriti yang digunakan dalam parodi dengan betul.

Kalau jawapan anda tepat, maka hadiah wang tunai menanti anda. Oh ya, jangan lupa untuk mengikuti ERA di Instagram untuk mendapatkan petunjuk.

#5 ENAM BARIS LAGU HIT ERA

So, nak ke tak nak lepak mamak?
Tiba masanya untuk rakan-rakan rapper seperti Zizi Kirana, WARIS beraksi menyanyikan rap lagu-lagu hit semasa.

Anda hanya perlu meneka tajuk lagu dan penyanyi dengan betul untuk memenangi hadiah wang tunai. Program ini akan bermula 17 September hingga 28 September.

#6 LIRIK JOHARA

Trio terhebat di radio.
Masih lagi bersama Johan, Hanif dan Ray, namun kali ini mereka akan menyanyikan lagu dan pendengar harus teka tajuk lagu dan nama penyanyi untuk memenangi hadiah wang tunai. Program ini akan bermula pada 1 Oktober hingga 12 Oktober.

Jadi jangan lupa standby dengan kemunculan program-program baru ini okayyy.