Pelakon Fasha Sandha menyifatkan perbuatan individu merakamkan video tular yang mendakwa dirinya sedang bermesra dengan aktor Aidil Aziz di sebuah lapangan terbang itu mempunyai niat untuk mengaibkan orang lain.
Fasha menjelaskan video itu sebenarnya mereka sedang bersalaman dan bukan bermesra seperti yang didakwa.
Kenyataan itu dibuat oleh Fasha menerusi akaun Instagramnya semalam.

“Ya, ramai yang suka saya berkawan dengan dia, kerana dia bukanlah ‘suami orang’ dan bukanlah seorang duda.
“Ya, tidak dinafikan ada juga yang tidak suka, kerana pengalaman lalu yang pernah dia lalui sebelum ini, ditambah pula dengan perbuatan manusia yang merakam video CURI kami sedang bersalaman dan menyebarkan dengan niat untuk mengaibkan orang lain... tak mengapa.

“Apa saja pendapat yang diberikan sekarang, saya terima dengan positif, kerana saya yakin, semua mahukan yang terbaik. Saya terima dengan hati yang terbuka.
BACA: “Aidil Lelaki Paling Rapat, Selesa Berkawan Dengan Dia" – Fasha Sandha
“Past is past... Siapa kita untuk menilai orang lain? Siapa kita untuk menghukum orang lain? Allah lebih mengetahui segalanya.

“Kesederhanaan dia membuatkan saya selesa, kerana saya juga wanita sederhana yang sukakan kesederhanaan. Dialah sahabat saya, yang mampu buat kami gembira dan kami ketawa. Amin,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut IGnya merestui persahabatan pasangan ini dan mendoakan yang terbaik buat mereka.