KAW

Rapat Di Instagram, Apa Hubungan Engku Emran Dan Laudya Cynthia Bella?

Azwa Rahman 07/06/2017 | 01:04 MYT

Pelakon Indonesia yang cukup dikenali menerusi filem Syurga Yang Tak Dirindukan, Laudya Cynthia Bella kini didapati sedang rapat dengan bekas suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 43.

Menerusi sebuah portal terkenal Indonesia, mengatakan hubungan yang terjalin jelas terpancar di media sosial Instagram apabila Laudya atau lebih mesra dipanggil Bella, kerap berikteraksi menerusi komen-komen mereka. Namun terdapat satu gambar yang dimuat naik oleh Bella, menunjukkan caption Bella tertera "Im blessed and thank u Allah for Every day ,Everything,and E," tulis Bella dan menambahkan emoji love di akhir tulisannya.

Everything and E.

Masih tidak diketaui apakah status perhubungan mereka kini, Engku Emram menerusi laman instagramnya @iamkumbre telah mengunci instagramnya yang sebelum ini dibiarkan public.

Saling berbalas komen.

Emran terdahulu bergelar suami kepada aktres tersohor negara, Erra Fazira dan dikurniakan seorang puteri comel, Engku Aleesya. Namun mereka telah berpisah pada tahun 2013 setelah mendirikan rumah tangga pada tahun 2007. Bella pula baru sahaja memutuskan hubungannya dengan jejaka bernama Affi Kalla.

Apa kesudahannya kisah ini, sama-sama kita nantikan jawapan daripada mereka.

#Selebriti #Selebriti