Penyanyi, Fara Hazel, 22, tidak menyesal memasuki program realiti Big Stage walaupun menjadi bintang pertama yang tersingkir pada Ahad.
Kata Fara, Big Stage banyak memberikan kenangan manis dan pengalaman berharga buat dirinya.

“Terkilan itu pastilah sebab saya jangkakan dapatlah bertahan hingga minggu keempat tapi sudah tertulis rezeki hanya setakat ini.
“Bila dah tersingkir sedikit sebanyak memang ada juga rasa malu tapi tak mengapa saya tak rasa menyesal.

“Lagipun ini merupakan pertandingan realiti pertama yang saya masuk. Secara jujurnya saya tak rasa menyesal masuk Big Stage dan redha dengan keputusan yang diberikan,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Mengulas mengenai persembahannya, Fara akui berasa kecewa kerana tidak dapat memberikan yang terbaik.

“Saya ada masalah dengan baju kerana terlalu ketat dibahagian leher ditambah pula dengan tekak saya yang kering jadi suara tak boleh nak keluar habis.
“Kecewa sikit kerana tak dapat nak all out. Saya tidak salahkan baju, mungkin juga kerana pergerakan yang saya buat ada mengganggu persembahan.

“Tak mengapa, inilah adat pertandingan dan rezeki saya hanya setakat ini. Saya doakan kawan-kawan yang lain selamat maju jaya dan buat yang terbaik,” jelasnya.
Fara atau nama sebenar Nurfaraazira Yusri menyampaikan lagu berjudul Cinta Tersimpul Rapi nyanyian asal Anis Suraya pada konsert minggu kedua Big Stage.

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan 9 bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.
Bintang yang dimaksudkan adalah Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul, Syafiq Farhain, Baby Shima, Sissy Iman, dan Wani Kayrie.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).