Skip to main content

Market Trends

“Rezeki, Dah Dapat Baby Boy”- Abby Abadi Ambil Anak Angkat

abby-abadi-ambil-anak-angkat.jpg
Pelakon Abby Abadi menyatakan rasa gembira apabila hasratnya untuk mengambil anak angkat dimakbulkan.

Berita gembira itu disampaikan Abby menerusi perkongsiannya di akaun Instagram miliknya semalam.
 
“Rezeki. TQ ALLAH. Dah dapat. Baby Boy. Bila ALLAH nak bagi... Syukur. Doakan semoga segala urusan dokumentasi dipermudahkan

“PS: Keluar hospital terus kita gi ambil baby ni. Nama pun takde lagi ni. Nanti-nantilah saya share gambar ye. @normanhakim_786 jangan share dulu video tadi. Puk kang,” tulisnya.

Menerusi entri terbaru, Abby juga telah berkongsi beberapa foto anak angkatnya yang merupakan seorang bayi lelaki.
 
Menariknya, Abby telah meluahkan hasrat untuk mengambil seorang anak angkat beberapa jam sebelum kehadiran bayi comel itu.

Terdahulu, Abby telah berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015. Perkahwinan bersama Faizal merupakan perkahwinan ketiga Abby.

Abby sebelum ini pernah berkahwin dengan Norman pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan itu, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 13, Marissa Dania Hakim, 11, dan Maria Danisha Hakim, 8.
 
 

Must-Watch Video