Pelakon Zulin Aziz memberi bayangan seolah-olah sudah bertemu jodoh dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Menurut Zulin, dia hanya mampu merancang dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah.

InsyaAllah ,amin ❤️. Semoga dipermudahkan

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

Zulin juga turut memuat naik luahan menyentuh hati yang menggambarkan perasaannya menerusi Insta Story miliknya semalam.

“Allah sebaik-baiknya perancang. Yang kita nak itu tak selalunya indah dan kadang yang kita tak nak itu yang paling terbaik.
Instagram @zulinaziz
Instagram @zulinaziz
“Aku sudah beri mereka waktu. Ternyata yang dikehendaki ku itu tidak menghargai waktu yang diberi malah mensia-siakan dan menghukum waktu dalam segala hal. Hari ini kita sihat, esok belum tahu.

“Hari ini kita hidup, esok belum tentu begitu juga jodoh. Hari ini dijodohkan esok juga belum pasti. Jadi aku buka hati lalu pilih dan tawakal.
Luahan hati Zulin.
“Antara hal yang aku minta harus mampu membimbing. Dari keturunan yang baik-baik, orang yang benar-benar ikhlas menerima aku apa adanya.

“Ternyata mata aku selalu salah. Hati aku tidak bijak meneka. Kerana orang yang aku jauhi itu yang paling baik walau ego aku berkata tidak.
Peminat sebak baca coretan Zulin.
“Doakanlah yang baik-baik. Apa yang bakal terjadi semuanya masih rahsia. Semoga dipermudahkan dan diberkati Allah S.W.T,” coretnya.
Zulin harap peminat doakan yang terbaik buat dirinya.
Selain itu, Zulin juga turut memuat naik foto baju kahwin dengan kapsyen “InsyaAllah, Amin.Semoga dipermudahkan” menguatkan lagi bukti aktres ini bakal mengakhiri zaman bujangnya.

Dalam pada itu, ruangan komen foto tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminatnya.
Jodoh dan pertemuan hanya tuhan saja yang tahu.
Rata-ratanya menyatakan rasa gembira dan tidak untuk melihat Zulin ke jinjang pelamin. Mereka juga mendoakan agar segala urusan penyampai radio itu juga dipermudahkan.