Skip to main content

Market Trends

Rumah Tangga Isma AF-Zul 2by2 Sah Bergolak

isma-01.jpg

Siapa yang ingin melihat mahligai cinta yang dipertahankan selama dua dekad ditambah kehadiran lima permata hati hanya tinggal retak menanti belah?

Bagi penyanyi, Ismaliza Ismail atau Isma, 38, pergolakan rumah tangga yang dibina bersama anggota kumpulan 2 By 2, Zulkifli Majid atau Zul, 44, sudah berada dikemuncaknya.

Advertisement

Selepas sekian lama memendam rasa hingga kadang kala luahan hati terlepas di sosial media, kini bekas peserta Akademi Fantasia tujuh (AF7) itu tidak ingin menangis lagi.

Reda dengan apa yang berlaku.

"Saya sudah lama memendam rasa dan bersedih, jadi cukuplah sampai di sini. Selepas ini, saya ingin fokus pada diri sendiri dan anak-anak.

“Buat apa mengenangkan perkara yang menyakitkan hati sedangkan hanya saya seorang yang cuba menyelamatkan keadaan.

“Mujur anak-anak sudah besar dan faham situasi yang kami lalui malah merekalah yang membuatkan saya tetap kuat berdiri.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan jika kesudahannya nanti mendukakan, doakan saya terus kuat demi anak-anak,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Tiada inisiatif dan persefahaman.

Akuinya lagi, tiada inisiatif di pihak Zul selain persefahaman yang dibina sejak bergelar suami isteri pada 1998 semakin pudar menjadi antara punca pergolakan dalaman mereka.

Namun, kakak kepada penyanyi Tomok itu enggan memberikan butiran lebih lanjut mengenai situasi sebenar hingga ikatan mereka tampak semakin longgar.

"Sukar untuk saya menjelaskan punca sebenar keretakan hubungan kami ketika ini. Namun, apabila sampai masanya, saya akan perjelaskan juga.

Luah perasaan di Instagram.

"Lagi pun sebagai wanita dan ibu, saya masih perlu menjaga aib suami sebagai ketua keluarga. Cukuplah saya katakana hati saya semakin tawar.

“Sepatutnya dia (Zul) perlu memberikan penjelasan mengenai apa saja yang diperkatakan orang di luar sana, bukan saya,” ulasnya lagi.

Terdahulu tirai 2018 dikejutkan dengan khabar angin membabitkan pergolakan dalam perkahwinan Isma dan Zul yang dikatakan berhadapan masalah.

Lebih jelas bibit pertelingkahan dihidu ramai apabila masing-masing tampak memuat naik status seakan memberi bayangan mengenai kemelut yang dihadapi.

Paling ketara apabila hujung minggu lalu Isma membuat luahan perasaan hatinya hancur akibat perbuatan orang tersayang di Instagram.

Zul dedah hadapi tekanan perasaan.

Manakala, Zul pula lebih dulu berkongsi rasa dalam medium sama pada awal November lalu seolah-olah mendedahkan dia berhadapan dengan tekanan perasaan.

Malah kisah kekeruhan rumah tangga Zul dan Isma sebelum ini juga pernah diperkatakan apabila timbul isu kononnya Zul berkahwin lain namun dinafikan komposer terbabit.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 20, Muhammad Haiqal Aydiel, 19, Seri Aida Merlissa, 17, Seri Ayreen Merlynda, 15, dan Seri Adryana Mercella, 11.

Must-Watch Video