Pelakon Saharul Ridzwan menafikan bakal isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28 (Deena) adalah bekas kekasih seperti yang didakwa pengikut di laman sosial sebelum ini.
Namun, kata pemilik nama sebenar, Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 27, dia dan Deena yang juga pengusaha butik Wrap pernah berkawan rapat sebelum mereka membawa haluan masing-masing, empat tahun yang lalu.
"Saya hanya bertemu Deena semula pada Januari tahun ini dan percaya dialah calon yang terbaik untuk dijadikan isteri. Kami tidak bercinta seperti pasangan lain kerana saya percaya kepada hubungan cinta selepas berkahwin.

{^widget|(name)statictextWidget|(widget_displayname)Static+text|(text)Pernikahan+bakal+berlangsung+secara+tertutup+(Kredit+Gambar%3a+Instagram+Saharul+dan+Deena)|(width)|(height)^}

"Saya juga tidak menghantar rombongan merisik sebaliknya hanya bertemu dengan keluarganya untuk berbincang persiapan kahwin kami pada Februari lalu," katanya yang ditemui pada majlis santai bersama pihak media yang berlangsung di Bangsar Village.
Menurut Saharul, majlis pernikahannya dijangka berlangsung secara tertutup pada jam 9.30 pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 16 September ini. Manakala, majlis resepsi perkahwinannya akan diadakan pada sebelah malamnya di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya. Ia disusuli majlis meraikan perkahwinannya bersama peminat pada 18 September ini.
Ditanya kenapa berahsia mengenai majlis perkahwinannya, Saharul berkata, dia ada sebab tertentu untuk berbuat demikian.

{^widget|(name)statictextWidget|(widget_displayname)Static+text|(text)Ingin+bercinta+selepas+kahwin+(Kredit+Gambar%3a+Instagram+Saharul+dan+Deena)|(width)|(height)^}

"Saya bukan ingin berahsia mengenainya sebaliknya ingin berkongsi berita baik ini dengan semua pihak media yang banyak menyokong kerjaya seni selama ini. Saya juga memilih majlis perkahwinan secara tertutup kerana ingin merasai bagaimana susahnya mengadakan majlis perkahwinan seperti orang biasa dan bukan selebriti," katanya.