Skip to main content

Market Trends

Sakit Jantung, Pernah Masuk ICU Bukan Alasan Mamat Khalid Berhenti Mengarah

mamat-khalid-sakit.jpg
Pengarah filem popular Mamat Khalid, mengakui walaupun menghidap penyakit jantung dan pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), bukan alasan untuknya berhenti daripada bidang pengarahan.

Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, berkata, doktor juga telah menasihatkan supaya banyak berehat dan menjaga kesihatan kerana keadaan jantung yang tidak stabil.

Mamat Khalid di set penggambaran

“Yang sebenarnya doktor memang selalu bagitahu supaya saya berehat dan kalau boleh berhenti bekerja.

“Tapi tidak mudah untuk saya terus berhenti dan lupakan kerja yang telah diceburi lebih 20 tahun ini. Bagaimanapun saya ambil nasihat doktor supaya tidak banyak bergerak kerana bimbang mengganggu tahap kesihatan sekarang,” katanya.

Hantu Kak Limah bersedia 'mengokak' anda semua di pawagam bermula 9 Ogos ini

Mamat ditemui ketika Malam Gala Hantu Kak Limah di MMCineplexes E@Curve di Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, dia juga tidak boleh menerima sebarang tekanan dan masih menjalani rawatan untuk memastikan keadaan kesihatannya sentiasa terkawal.

Ropie...Membawa watak Nayan dengan baik sekali sehinggakan penonton ternanti-nanti kemunculannya

“Alhamdulillah setakat ini, walaupun bekerja saya tidak tertekan dan semua pihak sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat baik.

“Cuma sekarang ini saya agak perlahan bila berjalan. Berjalan sikit, kena berhenti. Sebab itu kalau ada meeting, orang yang kena datang jumpa di tempat saya iaitu di Sarang , Ipoh,” katanya.

Zul Ariffin pertama kali membawa watak komedi sebagai Encik Solihin dan menjadi!

Mengulas mengenai Hantu Kak Limah yang terbaru, Mamat hanya mahu filem tersebut menghiburkan penonton.

“Saya hanya nak tengok penonton ketawa tidak berhenti sepanjang menonton Hantu Kak Limah. Itu sahaja.  

Mamat Khalid...Komitmen bekerja diutamakan disamping memastikan kesihatan sentiasa baik dan terkawal

Francais keempat Kampung Pisang yang diterbitkan Astro Shaw dan Infinitus Gold itu bakal bertemu penonton pada 9 Ogos ini.

Filem arahan Mamat itu dibintangi oleh Datuk Awie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Delimawati, TJ Isa, Arwahyarham Rab Khalid serta turut menampilkan cameo seperti Erra Fazira, Datuk Seri Vida, Mus May, Sabri Yunus dan Jue Aziz.

 

Must-Watch Video