KAW

Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-6, Ucapan Cinta Irwansyah Cukup Romantis

Azwa Rahman 16/01/2017 | 03:03 MYT

Pastinya jejaka ini pernah menjadi pujaan hati anda suatu ketika dahulu, Irwansyah cukup dikenali menerusi lagu Pencinta Wanita dan filem Heart bersama Acha Septriasa. Walaupun kisah cinta mereka begitu hangat diperkatakan, akhirnya Irwansyah memilih Zaskia Sungkar sebagai pasangan hidup yang juga merupakan seorang selebriti.

Siapa sangka jejaka yang kini sedang bahagia bersama dengan isteri tercinta, Zaskia Sungkar telah meniti usia enam tahun. Dalam sebuah gambar di Instagramnya semalam, ucapan Irwansyah buat isterinya cukup romantis.

“Di tanggal ini 6 tahun lalu kita berjanji sehidup semati, susah senang, sedih maupun bahagia, akan kita hadapi bersama. Semoga Allah melindungi hubungan kita, cinta kita, sampai nanti. Terima kasih sayang selalu ada di sisi aku, selalu ngerti keadaan aku, semoga Allah menjaga cintaku di hatimu, dan cintamu dihatiku. Happy univ bebeh Zaskia Sungkar sayang.”

Walaupun pasangan ini belum lagi dikurniakan dengan anak, mereka tetap sabar dan menjalani hari-hari mereka penuh bahagia. Pasangan ini telah berkahwin pada 15 Januari 2011 di Masjid Al-Bina, Senayan, Jakarta.

Dikhabarkan Irwansyah kini sedang berada di Kuala Lumpur untuk penggambaran sebuah drama bersama pelakon Adiputra dan Janna Nick.

Mari kita lihat beberapa foto-foto romantis Irwansyah dan Zaskia yang sentiasa mempamerkan sisi bahagia mereka.

#Selebriti #Selebriti