Nampaknya Neelofa mengundang sensasi lagi malam tadi ketika melancarkan koleksi tudung terbarunya diberi nama BeLofa di kelab malam, Trec. Malah seperti biasa hal itu terus mengundang perhatian dan kecaman netizen. Malah ada yang mempersoalkan tindakannya itu selain beranggapan lokasi kelab malam itu tidak bersesuaian dengan imejnya sebagai wanita bertudung yang mahu melancarkan tudung.
Kurang pasti kenapa pelakon yang sedang rancak menjalani penggambaran drama Ti Amor Sweetheart 100 Hari bergandingan dengan Zul Ariffin itu melakukan pelancaran tudung di tempat sebegitu selain meraikan hari lahirnya yang ke-29 disambut pada 10 Februari lalu.
Perkara itu menjadi tular malam tadi. Tak kurang juga yang menyindir Neelofa kerana memberi promosi besar-besaran kepada kelab malam terbabit selepas kejadian tular itu.
Bercakap kepada Rojak Daily Kaw! pengacara MeleTOP itu enggan mempedulikan kritikan netizen mengenai apa yang berbangkit itu.
“Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. So tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang," katanya.
Tambah Neelofa dia mempunyai alasan kukuh memilih kelab malam itu sebagai lokasi pelancaran dan menyambut belated birthday nya.
“Ia dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajet acara ini.
“Selepas menyenarai pendek beberapa tempat, lokasi ini yang diputuskan. Kalau lokasi atau tempat lain yang dicari, saya kena keluarkan wang lapan kali ganda sebenarnya demi memenuhi kehendak tema acara ini,” katanya.
Ternyata Neelofa bijak mencuri tumpuan apabila kisah ini viral sekali gus mempromosikan tudungnya.