Mereka berdua memang akrab sejak kecil. Dia sering dibandingkan dengan abangnya yang dilihat sebagai seorang anak yang soleh di mata ibu bapanya. Abangnya seorang yang berbudi bahasa dan bijak menguruskan bisnes keluarga manakala si adik pula bersikap tidak serius dan sering menghabiskan masa untuk bersuka ria. Sayangnya indah khabar daripada rupa, abang yang disanjungi hanyalah malaikat di hadapan orang tua dan adiknya terpaksa berkorban demi menutup aib abangnya.

Saharul Ridzwan membawa watak Hisyam.

Hisyam baru tamat pengajian dan Haziq, abangnya meraikan dengan membawanya bercuti di sebuah pulau peranginan. Di situ, Hisyam berkenalan dengan seorang gadis penjual nasi lemak, Aisyah yang periang dan peramah. Hubungan Hisyam dan Aisyah bukan sahaja dilarang oleh ibu bapa Aisyah tetapi juga dibenci oleh Lokman yang sudah lama menyimpan niat untuk mengambil Aisyah sebagai isteri.

Haziq dibawakan oleh Aeril Zafrel.

Pada malam terakhir di situ, Hisyam terkejut melihat Haziq bersama perempuan dalam keadaan mabuk. Tanpa rasa bersalah, Haziq meminta Hisyam merahsiakan perangainya jika tidak mahu Razak dan Noraini jatuh sakit. Sejak itu, Hisyam sering bergaduh dengan Haziq kerana tidak mahu bersubahat.

Babak dalam Zahir Tak Terucap.

Sehingga satu hari, Haziq sakit dan ditahan di wad kerana jangkitan kuman di paru-paru dan otak. Haziq terkejut dan tidak dapat terima bahawa dia akan mati. Ketika Haziq semakin lemah, dia meluahkan penyesalannya dan meninggalkan permintaan terakhir yang membuatkan Haziq tergamam. Apakah yang telah berlaku sehingga Haziq terpaksa berkorban menjadi kambing hitam dan mengakui segala kejahatan Haziq demi menutup aib arwah abangnya?

13 episod bermula 27 Mac.

Terbaharu di slot Akasia, siri drama 13 episod, Zahir Tak Terucap, telah bermula tayangannya pada 27 Mac 2018, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam. Drama bersiri ini membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Saharul Ridzwan (Hisyam), Raysha Rizrose (Aisyah), Aeril Zafrel (Haziq), Chacha Maembong (Aireen), Esma Daniel (Razak), Farisha Irwayu (Noraini), Idris Mat Diah (Nordin) dan Rosnah Johari (Zaharah).