Skip to main content

Market Trends

“Saya Atau Bukan Terpulanglah, Biarlah Apa orang Nak Cakap” – Syafiq Kyle

syafiq-kyle-kontroversi.jpg
Pelakon Syafiq Kyle enggan memanjangkan isu video kontroversi yang didakwa miripnya dan memilih untuk membiarkan masyarakat memberikan pandangan masing-masing.

Syafiq berkata, dia tetap akan berhadapan dengan perspektif berbeza-beza sama ada dia mengaku atau tidak individu dalam video berkenaan adalah dirinya.
Pilih untuk 'move on' dan teruskan kehidupan.
"Sama ada saya atau tidak tetap akan ada pandangan berlainan dan saya adalah insan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan atau pendekkan isu ini. Saya pilih menghentikannya di sini dan meneruskan kehidupan.

"Bagi saya, biarlah orang nak cakap itu saya atau bukan. Saya juga menghargai dugaan ini sebagai perkara yang mematangkan saya," katanya seperti dilapor mStar Online.
Syafiq juga telah memberikan kenyataan di Instagramnya.
Dalam pada itu, Syafiq mengakui sudah mengetahui tentang kewujudan video berkenaan sejak dua tahun lalu, namun tidak pasti kesahihannya.

Katanya, beberapa individu pernah memberi petunjuk bahawa mereka memiliki video tersebut.

“Dua tahun lalu saya sudah menghidu tentang video tersebut ada yang jumpa saya beritahu mereka sudah melihatnya. Saya tertanya-tanya video apa yang dimaksudkan sehinggalah ia tersebar dua hari lalu.

“Sejujurnya saya tidak mahu tengok video-video itu sejak ia tular dan dikongsikan di media sosial.
Anggap dugaan sebagai perkara yang mematangkan dirinya.
“Saya tidak sangka ia jadi sebesar ini dan terjadi pada bulan Ramadan, di mana sepatutnya menjadi bulan saya membersihkan dosa-dosa lampau saya,” ujarnya.

Selain itu, apabila ditanya tentang wanita yang dikenali sebagai Mira, Syafiq memberitahu dia mungkin mengenali wanita itu.

“Mungkin kami pernah kenal, saya sendiri tidak mahu memanjangkannya,” ujar Syafiq.

Sebelum mengadakan sidang media malam tadi, Syafiq memberikan kenyataan di laman Instagram miliknya petang semalam.
 
 

Assalamualaikum ✨

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on

Sejak malam Ahad lalu, pengguna Twitter mula membicarakan video yang memperlihakan individu mirip Syafiq Kyle yang melakukan perkongsian sembang video aksi melampau bersama seorang individu dikenali sebagai Mira.

Video berdurasi kira-kira dua minit itu mula tersebar dan menjadi perbincangan hangat termasuklah ada pihak yang berhasrat menjual versi penuh kepada netizen.

Sumber: mStar Online
 

Advertisement

Must-Watch Video