Skip to main content

Market Trends

“Saya Bukan Pendendam, Saya Maafkan Dia” – Armin, Ziana Zain Bercerai Talak Satu

ziana-zain-cerai.jpg
Penyanyi Ziana Zain diceraikan suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri dengan talak satu pada pukul 2.45 petang tadi di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nizar Mohtar di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Bagaimanapun penyanyi lagu Putus Terpaksa itu memberitahu kepada media, dia tidak berdendam dan bukan seorang pendendam.

Tambah Ziana lagi, dia sudah lama memaafkan bekas suaminya itu.

Saat bahagia Ziana Zain bersama suami dan anak-anak

Mengulas mengenai perceraiannya, Ziana berkata dia masih belum dapat mentafsirkan situasi itu namun bersyukur ia selesai dengan baik.

Ziana memberitahu dia berharap semua pihak dapat mendoakan segala urusannya dan bekas suami dipermudahkan walaupun mereka tidak lagi mempunyai ikatan suami-isteri.

“Saya sendiri tak tahu nak cakap apa atau mentafsirkan air mata saya namun Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik.

Tiada dendam...

“Sekarang fokus saya hanyalah anak-anak dan perkara lain saya tidak mahu fikir buat masa ini,” ujarnya.

Ziana dan Armin bernikah pada 9 Mei 1998 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Perkahwinan mereka mencatat sejarah tersendiri kerana ia diadakan secara terbuka dengan kehadiran ribuan peminat yang ingin menyaksikan detik istimewa itu selain ia disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Istana bahagia Ziana, Armin bertahan hanya 20 tahun

Ketika perkahwinan Armin ialah ketua pramugara, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) namun telah menamatkan jawatannya beberapa tahun lalu.
 
Kemelut rumah tangga mereka menjadi lebih besar selepas Armin dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan jenayah iaitu mencederakan seorang anaknya pada Mac lalu.

Sumber: mStar Online
 

Must-Watch Video