Skip to main content

Market Trends

“Saya Bukan Sombong Tetapi Hanya Akan Lakukan Apa Yang Menggembirakan Saya.” – Que Haidar

que-01.jpg

“Ada tawaran berlakon tetapi skrip dan watak tidak menarik. Saya tak akan buat perkara yang tidak menggembirakan saya,” kata Que Haidar, 37, mengenai kelibatnya yang amat kurang terlihat dalam drama atau filem.

Que dambakan watak yang ada karektor. Ada pengarah menawarnya membawakan watak daripada novel yang menjadi trend terkini tetapi ditolaknya dengan baik.

“Watak itu ‘bukan diri’ saya dan tidak mungkin saya akan melakonkannya. Saya tiada masalah dengan skrip dan watak yang ditawarkan tetapi ia tidak menetapi cita rasa saya.

'Watak' sebegitu bukan diri saya.

“Tidak seperti dulu, kebanyakan watak sekarang tidak dikupas dengan mendalam,” katanya.

Kepada peminat pelakon itu pasti faham benar karya yang menjadi pilihannya. Que sangggup botakkan kepalanya dalam drama Cahaya Malaika dan penampilannya sebagai penyanyi rock bernama Amy Mat Piah dalam filem Rock Oo sehingga kini dingati penonton filem itu. Keberkesannya menghayati watak Sepet dalam filem Castello sehingga dianugerahkan Pelakon Harapan Lelaki dalam Festival Filem Malaysia ke-19.

Salurkan bakat lakonan di kalangan anak Felda.

“Saya bukan sombong tetapi saya hanya akan melakukan apa yang saya suka dan menggembirakan,” katanya.

Pun begitu, Que terus ‘menghidupkan’ dan menyalurkan bakat lakonannya di kalangan anak Felda menerusi Ikatan Seni Komuniti FELDA (ISKAF). Dia bergerak mencari bakat seni anak-anak Felda bersama Presiden ISKAF iaitu pelakon Jalil Hamid.

“Kami berdua adalah ‘anak felda’ dan kami mahu menyumbangkan sesuatu kepada generasi muda Felda. Alhamdulilah, maklum balas yang diterima amat baik,” katanya.

Nukilan rasa kasih dan cinta pada Allahyarham bapa.

Terbaru, Que melancarkan single terbarunya berjudul Kisah Cinta, yang ditujukan kepada insan-insan yang disayanginya. Lagu dan lirik oleh Que sendiri dan pastinya lagu itu begitu istimewa di hatinya kerana Kisah Cinta juga adalah satu nukilan rasa, kasih dan cintanya kepada Allahyarham bapanya yang sudah ‘pergi’ untuk selama-lamanya pada 2001.

“Belum sempat bapa melihat kejayaan saya, dia sudah pergi dijemput Ilahi.  Rindu dendam saya padanya tidak pernah terpadam.  Setiap kali mengenangkannya pasti berlenang air mata saya,” katanya.

Must-Watch Video