KAW
“Saya Dah Mula Letak Tangan Dalam Poket Dan Pitching Lari” – Ariff Bahran
Bintang Big Stage, Aliff Bahran, 20, akui melakukan kesilapan ketika menyampaikan lagu Kata Akhirmu pada konsert pertama rancangan realiti tersebut.
Kata Bahran, perkara itu berlaku disebabkan dia berasa terlalu gementar untuk membuat persembahan.
“Sebenarnya ketika kapsul lagi saya dah berdebar cuma saya tak tunjukkan sahaja. Kemudian bila menyanyi atas pentas saya rasa lain.

“Saya dah mula perasan yang saya letak tangan dalam poket dan melakukan pergerakkan yang kekok. Pitching saya juga ada sedikit lari.
“Selepas selesai membuat persembahan dan mendengar komen juri, memang betul ada pitching off di bahagian-bahagian tertentu,” jelasnya kepada Rojak Daily Kaw!

Dalam pada itu, Bahran memberitahu dia menerima keputusan dengan hati yang terbuka seandainya tersingkir pada malam tersebut.
“Memang dah jangka akan menjadi antara bintang yang mendapat markah terendah dengan kualiti persembahan seperti itu.

Bahran menjadi peserta pertama yang hampir disingkirkan daripada 9 peserta lain.
Untuk minggu kedua Big Stage yang bertemakan Lit Throwback, Bahran bakal menyampaikan lagu cover Sejarah Mungkin Berulang nyanyian asal kumpulan New Boyz.
Selain Bahran, Big Stage turut disertai oleh Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Sissy Iman dan Wani Kayrie.

Big Stage bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Must-Watch Video