Skip to main content

Market Trends

“Saya Reda Dengan Pemergian Syahid.” – Bazli UNIC

bazli-unic-01.jpg

Itulah ungkapan Bazli ketika di temui Rojak Daily Kaw! di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

Muhammad Syahid, 3 tahun, disahkan meninggal dunia pada jam 7.15 pagi tadi kerana menghidap barah lymphoma.

Allahyarham Syahid ketika masih dirawat dan gambar kanan setelah meninggal dunia.

Advertisement

Menurut Bazli atau nama sebenarnya Bazli Hazwan yang juga anggota nasyid UNIC, dua tiga hari lepas keadaan kesihatan Syahid terus merosot dan dia sering merintih kerana kesakitan.

"Walaupun saya dan isteri sedih dengan pemergiannya namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT dan dia adalah anak syurga yang akan menanti kami di sana nanti," katanya

Allahyarham Muhammad Syahid meninggal dunia akibat barah lymphoma.

Syahid adalah anak sulung daripada dua beradik

Jenazah dimandi dan dikafankan di surau kuarters HKL sebelum di bawa balik ke kediaman Bazli di Sungai Buloh.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, selepas Zohor.

Must-Watch Video