KAW
“Saya Sendiri Tak Risau Belum Berkahwin, Kenapa Orang Lain Pula Yang Susah Hati?” – Farahdhiya
Perkahwinan bukan untuk sehari dua tetapi sehingga ke akhir hayat,” luah Farahdhiya Mohd Amin, 32.
Katanya, memang seronok lihat ramai rakannya berkahwin dan beranak-pinak tetapi dia tidak terdesak untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya anggap jodoh saya belum sampai lagi. Saya bukan terlalu memilih calon suami, orang biasa pun tidak mengapa asalkan bertanggungjawab dan kukuh pegangan agamanya agar dapat membimbing saya kerana saya tahu ilmu agama saya setakat mana.

“Dia juga mesti dapat mendidik anak-anak kami yang bakal dilahirkan nanti menjadi insan yang soleh dan solehah,” katanya.
Tegasnya lagi dia tidak marah jika ada yang bertanya statusnya tetapi janganlah sampai terlalu mendesak.
Farahdhiya juga amat menitik beratkan hubungan dengan bakal keluarga mentua.

“Restu orang tua penting untuk kebahagiaan rumah tangga. Sekarang saya adalah berkawan tetapi biasa-biasa saja. Kalau benar dia jodoh saya, tak perlu nak bercinta lama-lama,” katanya.
Perkembangan lain, selepas menyertai program Gegar Vaganza musim kedua, rezekinya dalam bidang nyanyian terus mencurah. Pada 30 April ini dia akan mengadakan showcase solonya yang pertama di Hard Rock Café Kuala Lumpur.

Dia akan menyanyikan dalam 18 lagu termasuk lagu barunya, Kepada Dia, dengan iringan live band.
“Selepas hampir 13 tahun bergelumang dalam industri hiburan tanah air, inilah kali pertama saya berpeluang mengadakan showcase saya sendiri, sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan,” katanya.
Must-Watch Video