Skip to main content

Market Trends

“Saya Tak Mahu Kata Apa-Apa, Mana Tahu Satu Hari Nanti Pintu Hati Terbuka Untuknya?” – Fathia Latiff

fathia-01.jpg
Advertisement

Berubah wajah Nur Fathia Latiff tatkala ditanyakan reaksinya mengenai kenyataan dikeluarkan bekas kekasih, Aiman Hakim Ridza, 28, yang mengakui masih menyayangi dirinya. Kelu seketika lidah pelakon jelita ini dan agak sukar untuknya mencari perkataan yang sesuai supaya apa yang bakal diluahkannya nanti tidak melukakan hati sesiapa.

Walaupun mengharapkan apa yang sudah berlaku tidak perlu dikenang lagi namun Fathia akur bahawa sebagai manusia dia tidak mampu untuk melawan kuasa takdir.

Advertisement
Fathia terkejut dengan kenyataan Aiman Hakim masih menyanyanginya.
Fathia terkejut dengan kenyataan Aiman Hakim masih menyayanginya.(Kredit Gambar: Alexander Hadreez Jr.)

“Ya, saya ada dengar mengenai cerita itu. Pada saya, apa yang sudah berlaku, biarlah ia berlalu. Cuma saya faham, kadang-kadang hati dan perasaan tidak boleh dikawal. Hati dia dan perasaan dia tak boleh nak kawal

“Saya juga tidak mahu berkata apa-apa. Manalah tahu, satu hari nanti pintu hati ini terbuka untuknya? Bagaimanapun, buat masa ini saya hanya ingin memfokuskan pada lakonan dan perniagaan, selain mahu menjadi contoh terbaik kepada remaja sekarang,” luah Fathia kepada Rojak Daily Kaw! ketika ditemui pada majlis sidang media drama bersiri siaran TV3 berjudul Menanti Februari yang diadakan di ibu negara.

Fathia bersama Zul Ariffin di majlis sidang media drama bersiri.(Kredit Gambar: Alexander Hadreez Jr.)

Hadir sama, pelakon lelaki yang memegang watak sebagai suaminya dalam drama berkenaan, Zul Ariffin.

Advertisement

Ditanya apakah dia ingin meminta jejaka terbabit supaya tidak lagi mengingati kisah cinta yang tidak kesampaian sekali gus membina hidup baharu, Fathia enggan berbuat demikian.

“Entahlah, saya tak tahu. Apapun kita orang masih lagi berkawan. Kalau ada jodoh, saya okey dan kalau tidak, tak mengapa. Ada sebab mengapa kami tidak ditakdirkan untuk bersama. Mungkin dia akan bertemu dengan seseorang yang lebih baik daripada saya,” ujar pelakon yang meletop dengan drama Ariana Rose ini.

Terdahulu dalam satu temubual, pelakon Kimchi Untuk Awak itu mengakui masih menyayangi Fathia walaupun sudah setahun berpisah.

Fathia tidak serik dan masih mencari cinta sejati.(Kredit Gambar: Alexander Hadreez Jr.)

Biarpun kini sayangnya terhadap Fathia hanya sekadar kawan namun sehingga kini Aiman masih tidak dapat melupakan wanita itu sepenuhnya.

Walaupun pernah melalui episod putus cinta namun pelakon berusia 29 tahun ini tidak pernah serik untuk berkawan dengan lelaki.

“Tidak dinafikan memang Fathia ada berkawan dan mengenali hati budi teman Fathia itu. Cuma nak cari yang boleh dijadikan calon kekasih itulah yang susah. Tak ada,” ujarnya.

Related Topics

Must Watch Video