Pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Vida menafikan kononnya beliau mengaku sudah bercerai.
Beliau berkata, tiada sebarang pengakuan dibuat kepada wartawan terbabit yang menulis bahawa dirinya mengesahkan sudah berpisah dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin.

Advertisement
"Saya tidak buat pengakuan dan tidak ada cakap atau mengaku dengan dia (wartawan) berkenaan.
"Saya sendiri terkejut bila keluar di portal berkenaan," katanya kala dihubungi Rojak Daily Kaw!
Beliau berkata semuanya akan diumumkan nanti dan buat masa ini biarlah dirinya saja yang tahu.
"Saya belum mahu membuat sebarang kenyataan sampai masa nanti saya akan beritahu semua.
"Syukur kerana saya bahagia bersama anak-anak dan sayang-sayang (peminat) saya yang sentiasa berada di sisi," katanya.

Khabar mengenai rumah tangga beliau berakhir dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin telah berakhir bertebaran sejak dua minggu lalu.
Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman, 46, turut hadir pada fiesta Jualan Mood Republik di Kelantan minggu lalu bersama anak-anaknya tanpa kehadiran suami yang sebelum ini sentiasa di sisi.
Vida berkata, beliau enggan terlalu memikir perkara itu dan kini sibuk memberikan tumpuan termasuk bakal memiliki saluran televisyen sendiri tidak lama lagi.

"Saya juga mahu menghasilkan lagu nyanyian saya untuk peminat tersayang.
"Selain itu saya juga akan buka sebuah kedai aksesori berlian di sebuah pasaraya terkemuka di ibu kota bersebelahan butik jenama mewah," katanya.
Vida berkahwin kali ketiga dengan Fairuz pada Januari 2014.