Isteri penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim mendedahkan suaminya merupakan seorang yang sangat sensitif tentang hal melibatkan anak-anak.
Lan dan isteri tabah harungi dugaan.
Kata Sheila, ini kerana perwatakan Lan yang sentiasa ceria menyebabkan ramai yang tidak tahu perasaan sebenar bapa kepada empat orang anak itu.

Jelas Sheila lagi, Lan tidak mahu menunjukkan kesedihannya dan sentiasa kekal positif walaupun komen-komen negatif ditujukan kepada keluarga mereka.
Anak keempat Lan, Nur Amna Quxandra.
"Luahan perasaan itu dikongsi oleh Sheila menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya hari ini.

“Selama ni saya TAK PERNAH tunjuk atau cerita dengan anda pasal keadaan @lansolo_official sejak lahirnya Baby Xandra.

“Saya cuma berkongsi gambar dan kebahagiaan kami setelah Xandra hadir memenuhi ruang kecil keluarga kami.
Luahan hati Sheila di Instagram.
YES. Lan sebenarnya seorang yang sangat sensitif bila bercakap perihal anak. Bukan hanya perihal Xandra, malah hal kakak-kakak dan abang Xandra.

“Lan gigih belajar cara yang betul untuk susukan Xandra supaya Xandra dapat rasa sama seperti yang lain-lain.

“Lan bersengkang mata untuk 30 hari yang pertama untuk belajar apa jua perkara baru tentang Xandra. Bancuh susu, tukar lampin sehingga bila Xandra selsema, Lan belajar untuk sedut hingusnya.
Xandra bakal jalani pembedahan 31 Mei depan.
“Begitu hebat sekali apa yang Lan korbankan untuk Xandra. Nampak seperti mudah, tapi sebenarnya untuk handle Xandra sangat berbeza dengan baby normal yang lain.

“Bila mana Xandra "disentuh" pastinya naluri dia sebagai seorang ayah tersentuh dan sesekali menahan sebak dan marah!
Xandra bersama kakak-kakak serta abangnya, Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, dan Muhammad Akid Qassyaff,3.

“Bagi Lan, isu Xandra ni bukan gurauan apatah lagi diperlekeh sehingga setiap hari Lan tidak putus-putus berdoa supaya Xandra sihat untuk menjalani operation mengikut jadual yang ditetapkan oleh pakar cleft di PPUM.

“Berbisik juga Lan pada saya, dia risau hari depan Xandra. Dia takut dia tak mampu mempertahankan Xandra di luar sana nanti. Tapi dia yakin, Allah selalu ada untuk Xandra,” luahnya.

BACA: “Kena Sihat Tak Boleh Demam” – Anak Lan Solo Bakal Jalani Pembedahan Cantumkan Bahagian Sumbing