Pelakon Aeril Zafrel mengakui anak keduanya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 3, setiap hari menyolek wajahnya dan tidak menyangka video yang dimuat naik baru-baru ini mencapai satu juta tontonan.
“Sebenarnya setiap hari Hayla solek wajah saya, cuma baru tiga hari lepas saya muat naik video Hayla tunjuk skill dia tu.
“Tak sangka pula video itu viral dan mendapat perhatian netizen serta ditonton lebih sejuta kali. ketawa.
"Setiap kali dia 'conteng' muka saya, saya tak marah pun...Sebab, saya nampak minat dia ke arah itu dan saya tak sekat kreativiti dia. Manalah tahu suatu hari nanti dia jadi MUA (make up artis) terkenal," katanya ketawa.
Kerap memuat naik aktiviti bersama anak-anak di Instagram (IG) akhir-akhir ini, Aeril tidak menolak apa sahaja entri yang melibatkan dua cahaya matanya itu akan mendapat lebih perhatian berbanding dirinya dan isteri.

“Sekarang ini apa sahaja entri yang ada Attar atau Hayla, ‘like’ mereka mesti lebih. Sebenarnya saya bukan nak menunjuk-nunjuk kebahagian bersama isteri atau anak, tetapi IG itulah tempat saya simpan semua memori bersama keluarga,” ujarnya.
Tambah Aeril lagi, dia juga tidak menghalang sekiranya Ahmad Fakharuddin Attar, 5, dan Hayla mahu menceburi bidang seni.
“Saya tidak halang sekiranya mereka mahu menceburi bidang seni apabila sudah dewasa nanti, cuma sebagai parents saya dan Wawa akan pastikan mereka diberi didikan agama yang cukup.
“Kalau boleh saya mahu Attar dan Hayla seimbang dalam mempelajari ilmu dunia dan akhirat supaya mereka tidak tersasar dan tahu jalan mana yang harus dipilih,” katanya.

Aeril berkata demikian kepada Rojak Daily Kaw! ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan barisan pelakon utama teater Tanah Akhirku di Istana Budaya pada Rabu.
Dalam teater yang bakal dipentaskan pada 28 Ogos hingga 2 September itu, Aeril bakal membawakan watak Tengku Khalis.

Tanah Akhirku turut dibintangi oleh Mei Fen Lim, Erma Fatima, Izzue Islam dan Nina Nadira.
“Ini kali kedua saya beraksi di pentas berprestij Istana Budaya. Kali pertama ialah menerusi teater Lela Manja pada 2016.

“Bagaimanapun rasa gementar itu masih sama. Namun, kali ini bersama tenaga kerja anak muda rasa teruja itu lebih sikit.
“Saya menyahut cabaran anak-anak muda berjiwa besar ini untuk bersama mereka dan berharap naskah ini mendapat sambutan ramai,” katanya.