,
Kaw

“Sekarang Boleh Ketawa Tapi Tahulah Nasib Kau Nanti Allah Balas!” – Ziana Zain

Mya Amri
16/05/2018
03:22 MYT
Penyanyi Ziana Zain akui tidak akan menghalang suaminya Armin untuk bertemu dengan anak-anaknya tetapi selepas kes jenayahnya selesai.
Kata Ziana, sebagai seorang ibu dia faham Armin mempunyai hak dan tidak akan menyekat atau memutuskan silaturahim di antara anak dan bapa. Tidak halang suami bertemu anak. "Sekarang saya ikut apa laporan dibuat kepada polis dan polis beritahu anak-anak adalah saksi kejadian. Sehingga selesai kes mahkamah, kalau dia hendak jumpa anak saya akan benarkan sebab saya bukannya zalim, sebab saya faham itu pun anak dia.
"Dalam Islam pun kita tak boleh putuskan hubungan dengan ibu-bapa, anak-anak dengan ibu bapa tetapi kadang-kadang kes begini kita kena akur dengan undang-undang," jelasnya seperti yang dilapor mStar Online. Menyerahkan segalanya kepada undang-undang. Dalam pada itu, mengulas mengenai kes jenayah melibatkan Armin yang dipinda, Ziana berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada undang-undang.
Bagaimanapun kata Ziana, apa juga keputusan itu nanti dia yakin Armin tetap akan menerima balasan daripada Tuhan atas perbuatannya.
"Sekarang kau boleh ketawa, tapi kau tahulah nasib kau nanti Allah balas! Mungkin tak di dunia... di akhirat. Amin. Apa-apa pun kita ikut prosedur, kita terima dan akur sahaja," katanya. Kes akan disebut semula pada 28 Jun depan. Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah di sini memerintahkan sebuah Jawatankuasa Pendamai ditubuhkan bagi membolehkan pasangan itu berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka pada Selasa.
Hakim Syarie, Mohd Nizar Mokhtar membuat keputusan itu selepas Armin atau Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, meletakkan syarat untuk bertemu dengan anak-anaknya jika ingin bercerai.
Kes itu akan disebut semula pada 28 Jun depan.
Dalam kejadian berasingan, Mahkamah Majistret di sini, meminda pertuduhan jenayah terhadap Armin yang didakwa mendatangkan kecederaan terhadap anaknya dipinda kali kedua di hadapan Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin. Ziana ditemani adiknya, Anuar Zain. Mengikut pindaan itu, Armin didakwa mendatangkan kecederaan terhadap salah seorang anaknya dengan menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam pada tangan mangsa dalam kejadian yang didakwa berlaku di kediaman mereka di Denai Alam, di sini.
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 232 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi.
Armin bagaimanapun mengekalkan pendirian tidak bersalah dan kes itu akan disebut semula pada 28 Mei ini. Peminat doakan yang terbaik buat Ziana. Sebelum ini, Armin pertama kali didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan pada 6 Mac lalu yang jika didapati bersalah tertuduh berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.
Pertuduhan itu kemudiannya dipinda kepada Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326.
Berdasarkan akta tersebut, Armin berdepan dengan hukuman dua kali ganda hukuman atas sabitan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau sebat atau boleh dikenakan denda.
Ziana dan Armin bernikah pada 9 Mei 1998 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Terlalu Sibuk!" - Amir Masdi Tak Sempat Fikir Fasal Cinta, Hanya Fokus Kerja Sahaja

gempak
02/09/2024
06:04 MYT
Penyanyi Amir Masdi menjelaskan bahawa dia tidak memberi fokus kepada mencari pasangan hidup sebaliknya hanya memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengembangkan kerjaya.
Hiburan

Zarina Anjoulie Gembira Pembedahan Hidung Berjaya, Rasa Lebih Yakin Depan Kamera

gempak
01/09/2024
05:52 MYT
Pelakon sensasi Zarina Anjoulie menzahirkan rasa gembira apabila proses pembedahan hidung yang dilakukan berjalan dengan lancar.
Hiburan

Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

gempak
29/08/2024
11:55 MYT
Susulan kes jenayah yang semakin membimbangkan, aktres jelita, Erra Fazira menzahirkan rasa risau terhadap keselamatan anak perempuannya, Engku Aleesya.
Hiburan

Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies Tujukan Dekat Siapa?

gempak
23/08/2024
03:35 MYT
Pelakon kontroversi, Ruhainies memuat naik mesej yang mempunyai maksud tersirat menerusi platform media sosialnya.
Hiburan

Fatiya Latiff Dedah Bakal Dirikan Rumah Tangga Tahun Hadapan, Dapat 'Green Light" Dari Ibu Bapa

gempak
22/08/2024
08:55 MYT
Pelakon Fatiya Latiff mendedahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan.