KAW

Selebriti Tampan Berdarah Kacukan

Nurul Izza 01/06/2016 | 03:58 MYT
Penyanyi, pelakon dan model berwajah kacukan sering mendapat tempat dalam industri tempatan. Mereka bukan sahaja cantik dan tampan malah hadir dalam pakej terbaik untuk diangkat sebagai bintang pilihan.

Harris Baba

Pendatang baru dalam industri hiburan Malaysia yang bermula sebagai model ini telah membintangi dua buah naskhah bertajuk Alien Planet Cinta dan Cinta Viral sebelum mengembangkan sayap dalam bidang nyanyian. Berasal dari Singapura, Harris Baba yang dilahirkan pada 8 Disember 1991 berdarah kacukan Pakistan-Cina-Iran ini kurang fasih berbahasa Melayu tapi berbakat besar dalam membintangi drama serta menyanyi dalam bahasa Melayu. Bintang persis Zayn Malik yang telah mengeluarkan single pertama Katakan terbitan Faithful Music ini baru sahaja menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan Nik Naziha Zawawi Mei lalu.

Gambar: cosmopolitan.my

Zain Saidin

Suami kepada pelakon dan pengacara terkenal Rozita Che Wan dan bapa kepada bayi comel Aaisyah Dhia Rana ini baru berusia 32 tahun. Zain pernah bekerja sebagai personal trainer di gim sebelum bergelar pelakon. Adik kepada Sasha Saidin ini berdarah kacukan Melayu (bapa) dan Inggeris (Ibu).

Ashraf Sinclair

Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, suami kepada penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari. Ashraf kini sedang membina nama di Indonesia apabila kerap muncul membintangi sinetron di sana. Abang kepada penyampai radio MIX fm, Aishah Sinclair ini berdarah kacukan Inggeris (Bapa) dan Melayu (Ibu). Dia pernah membintangi filem Gol dan Gincu dan Saus Kacang.

Gambar: Ashrafsinclair.com
Jonathan Putra

Hos Go Asean yang juga terkenal sebagai pelakon, model serta pemuzik ini berdarah kacukan Cina-India dan Inggeris. Jonatahan dilahirkan di England dan membesar di Amerika Syarikat. Dia pernah membintangi drama Elly & Epit musim kedua, Ariana Rose, telemovie Pengancam Perkahwinan dan Hanya Di Atas Kertas.

Gambar: wikipedia.com
Hans Isaac

Walaupun telah melepasi usia 40 tahun, ketampanan Dato’ Gerald Hans Isaac seorang bekas model, pengarah, penerbit dan pelakon ini tidak dapat dinafikan. Tidak hairanlah pelakon Hanya Kawan, Baik Punya Cilok, Tipu Kanan Tipu Kiri dan Buli Balik yang berdarah kacukan India-Filipina-Sepanyol dan Inggeris ini pernah digosipkan bersama pelakon cantik tempatan Erra Fazira dan Neelofa.

Gambar: news.asiaone.com
Erwin Dawson

Pelakon berasal dari Singapura yang membintangi filem Bencinta dan drama Dunia Generasi Baru serta Syurga Nur. Jejaka kacukan Melayu Singapura dan New Zealand yang juga anak ketiga daripada empat bersaudara ini sedang mengintai peluang mendapat permastautin tetap Malaysia kerana rezekinya yang semakin melimpah ruah di Malaysia.

Gambar: Twitter @Erwin_Dawson
Sam Bunkface

Shamsul Annuar Mohd. Baharom, penyanyi utama kumpulan pemuzik Bunkface yang cukup dikenali dengan lagu-lagu catchy dan sesuai dengan jiwa anak muda seperti Situasi, Malam Ini Kita Punya dan Darah Muda. Abang kepada pelakon Siti Saleha yang berdarah kacukan British di sebelah ibu dan Melayu di sebelah bapa dilahirkan di United Kingdom pada 11 Disember 1987.

Gambar: www.lifeinkl.com
Bront Palarae

Kehadirannya menambah rencah dalam sesebuah filem. Aksi bersahaja dan kemampuannya menguasai watak diberikan menjadikan kehadiran pelakon berdarah campuran Melayu (Bapa) dan Siam (ibu) ini dinanti-nanti. Antara naskhah yang dibintangi Nasrul Suhaimin Bin Saifuddin ini ialah Anak Halal, Bilut, Man Laksa, Belukar, Terbaik Dari Langit, Bunohan, Halfworlds dan OlaBola.

Gambar: Beritaharian.com
#Selebriti #Lelaki #Selebriti #Lelaki