Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
KAW

“Semoga Kami Reda Dengan Dugaan Yang Tak Terpandang Ini” – Isteri Amy Search Keguguran

Fiza Kamarudin 05/07/2018 | 06:32 MYT
Vokalis kumpulan rock lagenda Search, Amy berkongsi rasa pilu apabila isterinya, Norhasniza Hassan atau Nourish mengalami keguguran, Isnin lalu.
Amy berkongsi mengenai berita sedih tersebut di akaun Instagramnya (IG), semalam, menerusi video sonogram yang dimuat naik.
Menerusi kapsyen yang ditulis, jelas menggambarkan rasa pilu Amy dan anak-anaknya Alex, Sania dan Qaqa yang turut merasai kehilangan ahli keluarga baru mereka itu.
Amy dan Nourish ketika menawan Annapurna beberapa bulan lalu
“Degupan itu akhirnya terhenti dan hilang dari pandangan. Alex, Sania dan Qaqa tertunduk saat mendapat berita ini. Qaqa menangis teresak esak. Kini tiada lgi cerita baby yang bakal mereka miliki.
“Moga kami semua redha dengan dugaan yang tak terpandang ini. Aku pasti dugaan itu datang bersama keindahan dan sabar itu sama seperti berbesar hati dengan dugaan-Nya,” luahnya.
Ramadan lalu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman telah berkongsi rasa gembira apabila isterinya disahkan hamil anak keempat mereka yang dijangka lahir pada Januari 2019.
Untuk rekod, Amy dan Nourish yang berkahwin pada 2003 mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.
Amy turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama, Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad.
Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
#Selebriti #Selebriti