KAW
Sheila On 7- LIVE IN KUALA LUMPUR Pada 10 Februari 2018
Peminat band terkenal Indonesia, Sheila On 7 boleh menjerit sekarang kerana mereka akan kembali menggegarkan Kuala Lumpur dalam sebuah konsert! Grup legenda popular Indonesia, Sheila On 7 bakal muncul di Kuala Lumpur pada Sabtu, 10 Februari 2018 di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur bermula 8.30 malam.
Selepas muncul dengan konsert hebat dan laris pada Mac 2016, Brian, Eros, Duta dan Adam akan kembali pula dalam sebuah konsert khas buat semua peminat Malaysia dalam sebuah konsert berjudul "SHEILA ON 7 - LIVE IN KUALA LUMPUR 2018".
Konsert dengan durasi dua dan setengah jam tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat mereka kerana grup hebat ini akan mempersembahkan lagu berhantu dari album pertama sehinggalah lagu-lagu seperti Sephia, Pria Kesepian, Melompat Lebih Tinggi, Seberapa Pantas dan banyak lagi lagu kegemaran ramai.
Dianjurkan oleh No Fear Sdn Bhd & Shiraz Projects Sdn Bhd, konsert ini diadakan bertujuan untuk meraikan sokongan besar dari ribuan peminat setia mereka di Malaysia dan sekitar rantau ini. Penantian ini bakal berakhir dengan konsert ini pada tarikh 10 Februari 2018.
Tiket-tiket dijual dengan harga RM 315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (silver). Tiket sudah mula dijual mulai 21 Disember 2017 dan anda boleh dapatkannya di sini.
Diskaun sebanyak 15% disediakan untuk 250 pembeli tiket pertama (tidak termasuk tiket Meet & Greet). Peminat setia Sheila On 7 akan mendapat peluang untuk bertemu dengan mereka dengan pembelian tiket Meet & Greet dan akan mendapat barangan percuma.
Must-Watch Video