Diam tak diam, dah dua tahun rupanya Shuib bergelar penyampai radio di Sinar FM. Namun langkah itu terhenti apabila dia telah mengumumkan pengunduran diri dari keluarga Sinar FM.

Pengunduran Shuib sebagai penyampai Sinar FM adalah kerana tuntutan dalam bidang perniagaan dan aktiviti seni yang diceburinya. Sebelum ini Shuib bersama rakan-rakan Sepahtu mengendalikan segmen Sepahtu Sinar dari Isnin hingga Jumaat, 6 hingga 10 pagi.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram Shuib dan Facebook Sinar FM:

Pihak Sinar FM menerusi satu kenyataan yang dihantar pada kami turut berkongsi kesedihan atas pengunduran Shuib. Menurut Pengurus Kandungan Sinar FM, Rasidah Khasim, "pengemudi Sepahtu Sinar, Jep, Shuib dan Rahim merupakan tunjang utama bagi menguatkan inti pati rancangan pagi Sinar FM. Hari ini, 29 November 2017, merupakan hari terakhir buat Shuib bersama Sinar FM."

"Setelah 2 tahun berkhidmat sebagai penyampai radio, Shuib mengambil keputusan untuk fokus kepada bidang perniagaan dan aktiviti seni. Pihak Sinar FM mengucapkan selamat maju jaya kepada Shuib. Segala sumbangan dan pembabitan beliau selama ini amatlah kami hargai.”

Kami mendoakan yang terbaik buat Shuib dan selamat maju jaya dalam apa jua perancangannya selepas ini.