KAW
Siapa Kata Dia Hanya Pandai Melawak? Kami Kongsi 8 Sisi ‘Sweet’ Shuib Sepahtu
Siapa yang tidak mengenali Shuib Sepahtu, pelawak yang bakatnya dicungkil melalui rancangan Raja Lawak. Dialah suami kepada penyanyi popular Siti Sarah yang baharu sahaja diumumkan sebagai naib juara Gegar Vaganza 2016.

(Kredit Gambar: Instagram Shuib @Shuibsepahtu)
Hasil perkahwinan mereka sejak 26 Februari 2011, dikurniakan tiga orang cahaya mata. Mereka pasangan yang tidak terlalu mampamerkan kemesraan tetapi kelihatan cukup bahagian bila bertemu keduanya. Selain panggilan manja, 8 perkara ini dapat dipelajari daripada kisah kebahagiaan rumah tangga Shuib dan Sarah.1. Hadiah
Menurut artikel yang dipetik MStar, Sarah mengakui Shuib seorang suami yang akan memberikannya hadiah setiap kali selepas melahirkan anak. Terbaharu, pada tahun ini Shuib menghadiahi Sarah sebuah rumah selepas kelahiran anak ketiga mereka Ariq Matin yang kini dijadikan studio latihan nyanyian Sarah.

(Kredit Gambar: Instagram Shuib @Shuibsepahtu)
2. Nota Cinta
Walaupun kini segalanya dihujung jari, belum tentu para suami lakukan perkara ini. Berbeza dengan Shuib yang akan meninggalkan nota kecil di hadapan pintu bilik tidur mereka dengan ayat-ayat cinta buat isteri. Alahai, romantisnya...
Good morning??? zaman sekarang ni semua org pakai what's app.. Tapi sekali sekala dapat surat depan pintu bilik agak menakjubkan jugak.. Hati tu rasa cam nak runtuh?? .. Rasanya dah jarang org tulis surat cinta.. ?? bahaya awak ni boleh buta mata tengok bende cam ni ?? ... I love u too SUAMI (Kredit Gambar: Instagram Siti Sarah @sitisarahraissuddin)
3. Membantu Menjaga Anak
Suami yang romantis dan baik ialah seorang suami yang rajin membantu mengurangkan bebanan kerja isteri. Sekali sekala pun sudah memadai. Sedikit usaha suami membuat isteri senyum tak henti.
(Kredit Gambar: Instagram Siti Sarah @sitisarahraissuddin)
4. Berpegangan Tangan
Ha, jangan tidak tahu Shuib dan Sarah masih berjalanan berpegangan tangan walaupun telah mempunyai tiga orang anak. Jadi, jangan gunakan alasan anak untuk mengelakkan diri berjalanan beriringan dengan pasangan.
(Kredit Gambar: Instagram Siti Sarah @sitisarahraissuddin)
5. Beri Semangat
Shuib bukan sahaja sebagai tulang belakang tetapi pemberi semangat nombor satu Sarah. Malah pada malam kemuncak Gegar Vaganza, Shuib menghadiahi Sarah 21 kuntum bunga beserta kad yang mengandungi kata-kata semangat untuk memberikan persembahan terbaik.
Wanita kuat ini akan selalu kuat(Kredit Gambar: Instagram Siti Sarah @sitisarahraissuddin)
6. Pick Up Line
Selain pick up line yang diberi di konti mahupun rancangan realiti, Shuib turut memberikan pick up line untuk Sarah di rumah. Apa agaknya antara pick up line itu? Tonton video ini.7. Bergurau Senda Dan Memuji Isteri
Yang ni mesti Shuib handal. Almaklumlah Pak Lawak, mesti ada sahaja perkara yang ingin dikenakan isteri.

(Kredit Gambar: Instagram Shuib @shuibsepahtu)
8. Lagu Kita
Apa lagu cinta anda? Shuib dan Sarah pernah merakamkan lagu bersama yang berjudul Cinta Itu Nyawa di bawah label syarikat rakaman Universal Music.Saksikan Shuib Sepahtu bersama-sama Mark Adam bakal muncul dalam sebuah drama bersiri mengenai kehidupan harian kanak-kanak yang menerapkan elemen Sains. Shuib membawakan watak profesor dalam drama yang mengangkat dunia sains ini. Jangan lupa saksikan Supersains, secara eksklusif pada setiap Sabtu bermula 10 Disember ini pada jam 11.30 pagi di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Must-Watch Video