Skip to main content

Market Trends

“Siapa Nak Marah, Marahlah. Saya Tak Tutup Pun Ruangan Komen” - Fasha Sandha

fasha-01.jpg

Pelakon jelita, Fasha Sandha enggan terus mempedulikan komen negatif pengikutnya di laman Instagram berhubung gambar swafotonya mengenakan baju berkonsepkan Bollywood yang dikatakan terlalu seksi ketika berlangsungnya majlis malam berinai membabitkan Elvina Mohamad baru-baru ini.

Gambar berkenaan yang dimuat naik empat hari lalu turut mengundang komen berahi pengikutnya yang membayangkan dapat melakukan hubungan kelamin bersama aktres berkenaan. Tak kurang juga yang menasihatkan Fasha supaya tidak terlalu daring berpakaian dan mengenakan pakaian yang lebih bertutup.

Tidak mahu memperbesarkan perkara kecil.

Bertemunya baru-baru ini ketika hadir pada sesi tayangan episod akhir drama Syurga Yang Kedua anjuran kelab peminatnya, We Love Fasha Sandha dan Elizad Team di The Podium Penchala, Fasha tidak mahu memperbesarkan hal itu.

“Mungkin cara gambar itu diambil hingga ada yang beranggapan seksi. Saya pun tak perasan. Saya sudah muat naik gambar itu dan tak rasa perlu memadamkannya.

Kena tanya pengarah.

“Siapa nak marah, marahlah. Saya tak tutup pun ruangan komen. Tak kisahlah orang nak cakap apapun. Ia tak mendatang kesan kepada saya pun,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Sementara itu ditanya mengenai kegagalan filem Badang menawan penonton di pawagam, Fasha percaya semuanya berbalik kepada soal nasib dan rezeki.

Filem arahan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen yang turut dibintangi jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri itu dicemuh hebat.

Tak ada rezeki filem tersebut.

“Pada saya benda ini semua nasiblah. Mungkin nasib tak menyebelahi filem ini. Saya sudah buat yang terbaik. Begitu juga Aliff dan pelakon lain. Tak ada rezeki untuk filem ini pergi jauh.

“Saya pun tak tahu nak menilai perkara itu. Fasal kenapa filem itu tak jual, saya rasa patut tanya pengarahnya sendiri,” katanya.

Kelab peminat bergabung.

Mengenai acara tayangan episod akhir drama berkenaan, Fasha bersyukur ia dapat dilangsungkan dengan jayanya.

“Ia inisiatif kelab peminat saya dan Elizad yang bergabung. Kelab peminat sendiri berusaha merealisasikan sekalipun ia dilakukan dalam tempoh waktu yang suntuk. Saya amat hargai usaha dan semangat peminat buat semua ini.

Hargai sokongan peminat.

“Sudah 10 tahun We Love Fasha Sandha ditubuhkan. Mereka tidak jemu menyokong saya dari awal hingga kini. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak bersama saya tak kira dalam acara kecil mahupun besar. Ketika ini sudah ada lebih 55,000 ahli kelab peminat saya dari serata Malaysia, Singapura dan Brunei,” kata Fasha.

Must-Watch Video