Tidak banyak publisiti mengenai dirinya sama ada di dada akhbar mahupun di laman maya. Dan dia tidak gusar. Fahad menganggap perjalanan seninya masih hijau.

"Saya baru tiga tahun dalam bidang lakonan. Terlalu banyak lagi pengalaman yang perlu saya timba," jelasnya ketika ditemui Rojak Daily Kaw! di pelancaran drama mini Gempak Original Series, 3 Gadis Manis musim yang kedua.

Tidak mahu kejar publisiti.

"Sebelum saya sibuk mengejar publisiti, baik saya tingkatkan usaha untuk menggilap bakat yang ada.

Fahad yakin bila tiba masanya nanti, publisiti tidak perlu dicari, malah akan datang dengan sendiri.

Bersama Hannah Delisha, Yaya Zahir, Dee Alhadi dan Aedy Ashraf, Fahad membawakan watak Sufian dalam 3 Gadis Manis musim kedua.

Percaya peluang pasti ada.

Ditanya adakah beliau gusar hanya sering membawa watak pembantu, Fahad tersenyum.

"Siapa yang tidak mahu watak hero, tapi sabar dulu.

"Buat masa sekarang saya mahu mengaut sebanyak mungkin pengalaman. Saya percaya apabila tiba masa yang sesuai, dan orang nampak hasil kerja saya, peluang pasti ada.

"Kalau sudah rezeki, pasti tidak ke mana," ujarnya lagi.

Bawa watak Sufian dalam 3 Gadis Manis.

3 Gadis Manis akan mula bersiaran di platform www.3gadismanis.com.my dan di aplikasi Gempak bermula 9 April ini. Aplikasi Gempak boleh dimuat turun di App Store dan Google Play Store.