Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

SimplySiti Dalam 120 Penerbangan AirAsia Di Seluruh Dunia

Elrafaei Sapi
06/09/2016 08:31 MYT
Ia suatu kebanggaan apabila produk tempatan dijual menerusi platform yang lebih luas seperti jualan dalam penerbangan. Begitu juga, produk kecantikan popular SimplySiti milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini dijual dalam penerbangan tambang murah AirAsia.

Bekerjasama dengan AirAsia BIG Duty Free iaitu portal barangan bebas cukai AirAsia BIG, dua produk edisi khas, SimplySiti iaitu Simply Elegant 2 Way Cake - AirAsia Edition dan Simply Elegant Lip Gloss Duo - AirAsia Edition dijual dalam semua penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan AirAsia X (kod penerbangan D7).


{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)SimplySiti+bekerjasama+dengan+AirAsia+BIG+Duty+Free+iaitu+portal+barangan+bebas+cukai+AirAsia+BIG.+(Gambar%3a+officialsimplysiti+-+Instagram)|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Jualan dua produk ini lebih meluas kerana penerbangan berkenaan membabitkan 120 destinasi di seluruh dunia. Malah, produk ini juga boleh dibeli menerusi atas talian di bigdutyfree.com. Harga promosi iaitu RM54 setiap satu ditawarkan dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X bermula 1 sehingga 30 September ini, seperti dilaporkan BH Online.

 

 
#Selebriti #Selebriti