Skip to main content

Market Trends

Siti Elizad, Zara Zya Sedia Cabar Semua Pelawak Dalam Super Spontan Xtravanganza!

elizad-zara.jpg
Dua ‘bunga’ dalam edisi Super Spontan terbaru, Zara Zya dan Siti Elizad membayangkan mereka tidak gentar berdepan dengan pelawak profesional dalam Super Spontan Xtravaganza!

Elizad ketika dihubungi Rojak Daily Kaw! memberitahu, sudah tidak sabar berjumpa dengan barisan pelawak untuk ‘mencuri’ ilmu mereka.

“Memang lari daripada forte saya sebagai pelakon drama, tetapi saya akan kaut sebanyak mana ilmu pelawak tu semua untuk berlakon dan berlawak secara spontan depan orang ramai.

Siti Elizad pernah menjadi pemain jemputan Super Spontan
“Yang penting...enjoy! Kalah atau menang belakang kira. Dah dapat jadi peserta pun cukup baik,” katanya yang kini berada di Jepun menjalani penggambaran program ExpeRiance bersama Astro.

Sementara itu Zara Zya turut menyatakan perkara sama, tidak gentar berdepan dengan pelawak popular tanah air sebaliknya akan menjadikan ia sebagai cabaran.

“Saya akan cabar diri saya untuk mencabar mereka! Saya tahu tak mudah untuk beraksi secara spontan sebab kena cepat dan pantas, tapi itulah cabarannya.

"Sebagai persediaan saya menonton semula cara permainan pelawak otai seperti Allahyarham Harun Salim Bachik, Din Beramboi dan pemain-pemain otai lain,” katanya.

Penyertaan dalam Super Spontan Xtravaganza satu penghormatan- Zara Zya
Bertemakan ‘tukang masak’, Elizad mewakili kumpulan ‘Sotong Kangkung’ yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ yang diketuai oleh Rashid Salleh selaku Pengurus Kumpulan,  bersama pelawak Achey, Shahrol Shiro, Nizam Jentik Jentik, Tauke Jambu, Atu Zero dan pelakon Izzue Islam serta selebriti media sosial, Modee.

Manakala Zara Zya diletakkan dalam kumpulan ‘Lobster Leleh’ yang mencerminkan imej ‘tukang masak di hotel’ diketuai oleh Reza Zainal selaku Pengurus Kumpulan, pelawak Fad Bocey, Abam Bocey, Mamak Puteh, Joey, pelakon Anas Ridzuan, penyanyi Tomok, serta selebriti media sosial Jaa Suzuran.

Penerbitan tahun ke-7 program ini juga akan bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap hari Jumaat bermula pada 20 Julai ini, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) selama 10 minggu berturut-turut.

Untuk pilihan alternatif, program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.

Elizad bersama 'Sotong Kangkung'.
Istimewanya, edisi kali ini menyaksikan dua orang awam yang dipilih menerusi program ‘Spontan Tepi Jalan’ dibawa ke gelanggang akhir Super Spontan Xtravaganza sebagai peserta.

Selain itu, buat julung kalinya juga progam ini bakal menyaksikan 50% pemarkahan oleh barisan juri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor bersama seorang juri jemputan serta 50% lagi oleh penonton.

Bagi memastikan kelancaran perjalanan permainan spontan yang dimainkan, selebriti serba boleh dan versatil yang cukup sinonim dengan program Super Spontan, Datuk AC Mizal, kekal sebagai ‘Pengacara Utama’ di samping Amir Raja Lawak yang akan bertindak selaku ‘Pengacara Bersama’.

Zara Zya sedia memberi saingan hebat bersama 'Lobster Leleh'
Edisi kali ini menyaksikan juara bakal membawa pulang wang tunai RM100,000 bersama trofi sumbangan Astro.

Hadiah lain menanti peserta ialah RM 50,000 untuk naib juara, tempat ketiga RM25,000 dan RM5,000 untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam.

'Lobster Leleh' vs 'Sotong Kangkung', yang mana lebih hebat?
 
 

Must-Watch Video