Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
KAW

Siti Nurhaliza Dapat Tujuh, Faizal Tahir Pula Lima

Elrafaei Sapi 14/10/2016 | 04:01 MYT

Dua penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan Faizal Tahir membuktikan karya mereka masih popular dan terbaik apabila mendominasi pencalonan pada Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22) pada tahun ini.

Pada sidang media pencalonan akhir acara itu semalam, Siti meraih tujuh pencalonan manakala lima pencalonan diterima Faizal. Tahun lalu, Siti menang anugerah Album Terbaik menerusi album Fragmen, Vokal Terbaik Wanita dan Rakaman Album Terbaik untuk Konserta Lantera Timur bersama Orkestra Tradisional Malaysia.
Kehebatan Siti di pentas AIM sudah terbukti sejak tahun 1997 menerusi dua trofi yang dimenanginya iaitu Artis Baru Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik untuk "Jerat Percintaan".
Bagi Faizal, meraih lima pencalonan memberi peluang lebih besar buatnya untuk membawa pulang trofi. Dia tercalon untuk kategori Lagu Pop Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki), Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Album.
Menariknya, dua lagu Faizal iaitu "Assalamualaikum" dan "Sejati" tercalon dalam kategori sama, Lagu Pop Terbaik. Mengikut rekod, Faizal pernah menang enam kali dalam AIM menerusi anugerah Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki), Album Rock Terbaik dan Album Terbaik pada AIM15 manakala anugerah Album Rock Terbaik dan Album Terbaik sekali lagi dimenanginya pada AIM17.
Pemenang anugerah Lagu Terbaik tahun lalu, SonaOne juga meraih tiga kategori kali ini menerusi Lagu Hip Hop Terbaik, Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.
Sebanyak 17 kategori dipertandingkan kali ini. AIM22 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 18 Disember ini.
Senarai calon Top 5 AIM22:
1. Artis Baru Terbaik
- Bella Nazari
- De Fam
- Projector Band
- Lyia Meta
- Syamel
2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
- Akim (Akim & The Majistret) "Potret"
- Faizal Tahir "Sejati"
- Hazama "Sampai Mati"
- Hazami "Cintai Dia"
- Lah Ahmad "Syukur"
3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
- Jaclyn Victor "Seindah Mimpi"
- Najwa Mahiadin "Guilty Room"
- Nona "Takkan Biarkan"
- Datuk Siti Nurhaliza "Menatap Dalam Mimpi"
- Dayang Nurfaizah "Lelaki Teragung"
4. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)
- Back2Basixx "Senyuman"
- De Fam "Supergirls"
- Nowseeheart "Selawat Untuk-Mu"
- The Mikraj "Qod Kafani"
- UNIC "Syamail Muhammadiah"
5. Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
- Elizabeth Tan feat Faizal Tahir "Setia"
- Hunny Madu & Kayda "Go Heart or Gostan"
- Misha Omar & Hafiz Suip "Terimaku Seadanya"
- Najwa Mahiadin feat Juny "After The Rain"
- SonaOne feat Joe Flizzow & Akeem "Go Do That"
6. Kulit Album Terbaik
- Sekumpulan Orang Gila "Bahtera"
- Fynn Jamal "Puisi Tepi Jalan"
- Yuna "Material"
- Pitahati "Selamat Datang ke Panggung Suara"
- Reena Nicky "Magika"
7. Rakaman Album Terbaik
- Yuna (Material)
- Froya (Panic Bird)
- Gabriel Lynch (All Of Us)
- Q Sound (Duel Citizenship)
- Datuk Siti Nurhaliza (Datuk Siti Nurhaliza Unplugged)
8. Video Muzik Terbaik
- Stacy "Not For Sale"
- Kaka Azraff feat Sleeq "Bukan Hal Aku"
- Hazama "Sampai Mati"
- Paperplane Pursuit "Who's Gonna Stop Me"
- Fynn Jamal "Suatu Pernah"
9. Lagu Pop Etnik Terbaik
- Amir Jahari "Ingga"
- Reena Nicky "Joget Sulam Sakti"
- Man Khan & Aris Kapilla "Kelik La Weii"
- Kopratasa "Mathnawi 1 Mawar"
- Fynn Jamal "Sepertinya"
10. Lagu Nasyid Terbaik
- Suhaimi Saad "Cinta Sidna"
- Caliph Busker "Hanya Nama-Mu"
- Lah Ahmad "Maulaya"
- Datuk Siti Nurhaliza "Mikraj Cinta"
- Daqmie "Tangis Sebatang Tamar"
11. Lagu Rock Terbaik
- Projek Pistol "Berani Mati"
- Azlan & The Typewriter "Mata Hati"
- Azlan & The Typewriter "Lebih Baik Sendiri"
- Akim & The Majistret "Potret"
- Amy Search feat Edrie Hashim "Redha Kemenangan"
12. Lagu Pop Terbaik
- Faizal Tahir "Assalamualaikum"
- Syamel "Hidup Dalam Mati"
- Datuk Siti Nurhaliza "Menatap Dalam Mimpi"
- Hazama "Sedetik Lara"
- Faizal Tahir "Sejati"
13. Lagu Hip Hop Terbaik
- SonaOne "Confirm Ah"
- SonaOne "Hakeleh"
- Altimet & Takahara Suiko "Janji"
- Lah Ahmad feat Altimet "Mengelamun"
- Salammusik "Terima Kasih"
14. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
- Elvira Arul "Christmas in The Sun"
- SonaOne "Firefly"
- Juwita Suwito "Just Like That"
- Daiyan Trisha "Stargazing"
- Vince Chong "Wonder"
15. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
- Elvira Arul "Christmas in The Sun"
- Datuk Siti Nurhaliza "Jaga Dia Untukku"
- Datuk Siti Nurhaliza "Menatap Dalam Mimpi"
- Caliph Busker "Hanya Nama-Mu"
- Faizal Tahir "Assalamualaikum"
16. Album Terbaik
- Akim & The Majistret (Patriot)
- Datuk Siti Nurhaliza (Datuk Siti Nurhaliza Unplugged)
- Black (Black)
- Mojo (Nada)
- Estranged (Sepenuhnya Vol 1)

#muzik #Muzik