,
Kaw

Siti Nurhaliza Padam Entri Instagram Demi Elak Kontroversi

Chempaka Nur Iman
11/12/2017
17:03 MYT
Mengikut nasihat suami selain enggan mencetuskan kontroversi membuatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza, 38, mengambil jalan selamat memadam klip video imbasan kandungan yang dimuat naik ke Instagram, baru-baru ini.
Katanya yang tampak semakin berseri, tiada apa yang mahu dirahsiakan namun perkongsian mengenai jantina bayinya itu nanti bakal dikongsi apabila tiba waktu yang tepat.Ikut nasihat suami.
"Itu semua keseronokan kerana teruja. Bayi lelaki atau perempuan, nanti kita akan tahu juga. Saya bukan nak berahsia sangat, cuma tunggu masa yang sesuai.
"Lagi pun, suami tak berapa gemar saya berkongsi apa-apa mengenai kandungan sebab masih di dalam kandungan.Tak akan berahsia.
"Biar betul-betul cukup sifat dulu, selepas itu semuanya baharu kita kongsi. Apa pun saya tidak akan berahsia.
“Apabila tiba masanya nanti tentu saya umumkan. Lagi pun saya tahu ramai mendoakan kami," katanya yang turut memeriahkan acara larian amal, Jakel Charity Run For Rohingya, Ahad lalu.Seorang 'princess' impian suami.
Terdahulu, dalam satu posting, Siti memaparkan video imbasan wajah dan bentuk bayinya yang dimuat naik pada 26 November lalu. Dalam entri sama, ia turut menyelitkan rakaman perbualan doktor yang memberi gambaran jantina bayi dikandung adalah perempuan.
Menerusi video berdurasi 30 saat terbabit, terdengar doktor menyebut perkataan 'princess' sekali gus seakan merujuk jantina bayi penyanyi nombor satu negara itu.Satu kerja amal.
Berkongsi perihal penyertaannya dalam aktiviti larian itu biar hamil enam bulan, Siti berkata, ia adalah kerja amal selaku sebahagian daripada keluarga Jakel.
"Saya berbesar hati dapat bersama-sama terbabit dalam aktiviti seumpama ini. Doktor juga menyarankan supaya saya lebih aktif.
“Pada masa sama matlamat ‘turun padang’ hari ini antara lain sebagai menyatakan sokongan rakyat Malaysia kepada masyarakat Rohingya," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

TikToker Ali Abulaban Rasa Tidak Adil Dipenjara Seumur Hidup Kerana Tembak Isteri

gempak
07/09/2024
15:55 MYT
Bekas TikToker Ali Abulaban dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah menembak mati isteri dan rakan lelakinya hanya kerana menyangka mereka menjalinkan hubungan sulit.
Hiburan

Masih Solo Di Usia 41, Luna Maya: “Kahwin Tidak Akan Sempurnakan Hidup Saya”

gempak
07/09/2024
13:55 MYT
Meski diketahui sedang hangat bercinta dengan aktor yang jauh lebih muda daripadanya, Maxime Bouttier, Luna mengaku tidak terburu-buru untuk berkahwin.
Hiburan

Sertai Kelas ‘Muay Thai’, Yusof Bahrin Akui Pelakon Perlu Ada Seni Asas Pertahankan Diri - “Kalau Nak Masuk Set Baru Nak Belajar Memang...”

gempak
07/09/2024
12:55 MYT
Menurut Yusof, pelakon yang mempunyai asas mempertahankan diri akan menjadikan babak berlawan itu nampak lebih menyakinkan dan cantik.
Viral

Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

gempak
07/09/2024
12:25 MYT
Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.
Hiburan

Fiziwoo Simpati Dengan Pereka Fesyen Yang Berdepan Masalah Kewangan - “Kami Rasa Kasihan & Terkesan Dengan…”

gempak
07/09/2024
11:55 MYT
Pereka fesyen Fiziwoo mengakui mereka berasa simpati dengan situasi dihadapi rakan dalam industri kreatif yang berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa melakukan pinjaman di saluran yang salah.