Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Sitizoner! Moh Balik Lepih

Nurul Izza
11/01/2017 11:11 MYT
Lebih 20 tahun bergelar anak seni, tentunya pelbagai halangan, pahit getir telah dilalui Siti Nurhaliza Tarudin. Daripada gadis belasan tahun yang menjuarai rancangan Bintang HMI 1995, Siti Nurhaliza teruk dikecam kerana imej kekampungan yang dibawanya. Siti lebih selesa berpakaian sopan, tidak terlalu sendat mahupun singkat serta menolak untuk bergambar dengan selebriti lelaki.

(Kredit Gambar: Instagram @ctdk)
Namun, anak seni ‘kampung’ itulah yang mampu bertahan sehingga kini tanpa kontroversi maha hebat melatari kehidupannya sebagai anak seni. Siti Nurhaliza, penyanyi yang cukup disayangi kerana sifatnya yang tidak pilih kasih dan merendah diri kala melayani para wartawan mahupun peminat. Kehebatannya sukar ditandingi jika dilihat daripada trofi dan pengiktirafan yang diberi, tidak terhitung banyaknya dari dalam dan luar negeri
 
Dato @ctdk in da house!!!????????? Mmg sporting gler Dato Ct harini..smua obstacles dia redah jer???All da best to u!! Xsbr tggu konsert this year?? Nice to meet u Sis @jaylp7424 ?#sitizoners #sarawakians #amazonianrace #sepang #sitinurhaliza #dialahdihati #dirgahayu. (Kredit Gambar: Instagram @lena_lynn)

Sokongan peminat terhadapnya tidak berbelah bahagi, jadi tidak hairanlah kelab peminatnya yang dikenali sebagai Sitizoner kekal bertahan 13 tahun lamanya sejak 24 Disember 2003. Siti juga punyai Sitizoner daripada negara Seberang termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei yang setia menyokong Siti dalam apa jua acara serta pertandingan. Mereka inilah yang akan mengundi, menguar-warkan serta memeriahkan acara. Lebih manis, Siti cukup sporting melayani para peminat dengan turut sama hadir pada aktiviti yang dijalankan. Siti sendiri mengambil bahagian dalam aktiviti itu.

#throwback Sitizoners Sabah with Datuk Siti Nurhaliza for SIMPLYSITI DI HATI 2015 at One Borneo, Kota Kinabalu Sabah. Guys! come stay tune with us as SITIZONERS & don't forget to stay catch up so that each of you will not missed another up coming event in future!! ♡♡♡ see you there! (Kredit Gambar: Instagram @SitiZoner Sabah Official)

(Kredit Gambar: Instagram @ctdk)

Terbaharu, sempena hari lahirnya yang ke-38 ini, Siti mengajak Sitizoner untuk beramah mesra di kampung halaman Siti di Kuala Lipis. Ini adalah satu daripada cara diva kesayangan ramai ini menghargai peminat yang setia bersamanya.

#Sitizoners bergambar bersama @ctdk. Hebat setia ceria ???#indosiar #d'academyasia2 #DAA2. (Kredit Gambar: Instagram @nette_kim)
 
 

Buat semua Sitizoner di mana saja anda berada, terima kasih di atas sokongan yg diberikan kpd @ctdk selama ini dan sempena ulangtahun rasminya Sitizone pada hari ini, 24.12.2016, raikan kebersamaan ini dengan baik. Jangan lupa hadir ke gathering Sitizone di Kuala Lipis pada Januari nanti. #sitizone13 #takhidupdekpujitaklapukdekkeji

A video posted by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on






(Kredit Gambar: Instagram @ctdk)

Sempena hari lahir saya, hari ini saya nak tambah & buka peluang terakhir kepada peminat-peminat saya untuk hadir ke gathering saya bersama Sitizoners yang akan diadakan di kampung halaman saya, Kuala Lipis @ Lepih. Daftar, minta borang pada emel yang diberikan dan buat pembayaran cepat, rebut peluang ini, moh balik kampung bersama saya. Ada aktiviti menarik untuk anda dan boleh rasa masakan saya juga. Moh Balik Lepih!!! #sitizone13. (Kredit Gambar: Instagram @ctdk)
#Selebriti #Selebriti