Kaw

“Solat Belum Sempurna 5 Waktu, Bacaan Al-Quran Masih Salah” – Saharul Ridzwan

Mya Amri
02/07/2018
03:34 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan menyifatkan kesenangan yang dimilikinya hari ini tidak bermaksud dia sudah berjaya kerana kejayaan bukan dinilai berdasarkan harta benda.
Saharul berkongsi luahan hatinya itu menerusi akaun Instagram peribadi miliknya baru-baru ini. Mahu perbaiki diri menjadi lebih baik. Kata Saharul, dia bukanlah seorang yang berjaya selagi amal ibadahnya masih belum cukup sempurna.
“BERJAYAKAH AKU? Tidak, AKU BELUM BERJAYA. Solatku belum sempurna 5 waktu, bacaan Al-Quran ku masih salah, yakinku pada rezeki dari Allah belum sepenuhnya, tabahnya aku dalam setiap dugaan Allah masih lemah.
“Untuk katakan TIDAK pada perkara yang salah, AKU BELUM BERJAYA. Nilai kejayaan bukan dinilai dari harta benda. Semuanya akan ditarik, yang tinggal hanya AMALANKU Masih rasa diri serba kekurangan. “Jadi, bilakah aku akan BERJAYA? Selepas nyawaku diambil, disoal segala apa yang aku lakukan, walau sebesar zarah sekalipun. SYURGA atau NERAKA.
“AKU NAK BERJAYA KE SYURGA. Itulah kejayaan yang sebenar untuk aku dan tugasku memimpin keluargaku bersama-samaku, aku perlukan Guruku, ustaz @tarmiziabdrahman, kerana untuk ke SYURGA, usahaku perlu lebih, lebih dari semuanya yang aku usahakan,” luahnya di akaun Instagram peribadi miliknya baru-baru ini.

BERJAYAKAH AKU? . Post ini sekadar perkongsian tentang diri aku . Viva ini aku beli gunakan duit pinjaman Mara utk bayar deposit, tapi aku grad dengan 3.71, Diploma in Aircraft Maintenance, pinjaman itu dah jadi scholarship, aku tak perlu bayar apa2. BERJAYAKAH AKU? . Rezeki aku dibidang lakonan, kereta inilah yang aku gunakan masa mula2 aku berlakon, insan yang mula2 ambil aku tanpa casting utk pegang watak utama walaupun aku kosong dalam lakonan adalah GURU, KAKAK, IBU aku, sis @sheilarusly_jspictures . Aku pernah ditampar diset, tapi aku tak ambik hati langsung, aku tahu Guru aku sedang mengajar aku atas kesilapanku. Masa tengah shooting #KauAkuKita dgn @jannanick , aku ckp dekat sis “Sis, sy nak award, sy nak orang nampak hasil kerja saya”. Kami sapu semuanya dalam DFKL2016. Terima kasih Sis dan abg @jinggo_jspictures . Sampai mati sy akan jasa ingat sis dan abg jinggo, sy sayang sis dan abg jinggo. SY MINTA MAAF, sy hilang sekejap, sy JANJI sy akan datang balik utk banggakan sis dan abg jinggo. Terima Kasih ? ❤️. BERJAYAKAH AKU? . Dan sekarang, aku berdiri di hadapan sebuah kereta yang penuh dengan sentimental value, merenung betapa susahnya mendaki sebuah kejayaan. Mandi di petronas, kereta rosak tengah jalan, accident, macam2 lagi. Sehinggalah aku mampu untuk pakai kereta Merc di belakangku hasil tunjuk ajar Guru aku, @man_sixpointtwo @aku_afendy @fizoomar , walaupun hanyalah sebuah kereta recond, tahun 2013. BERJAYAKAH AKU? . Tidak, AKU BELUM BERJAYA. Solatku belum sempurna 5 waktu, bacaan Al-Quran ku masih salah, yakinku pada rezeki dari Allah belum sepenuhnya, tabahnya aku dalam setiap dugaan Allah masih lemah, utk katakan TIDAK pada perkara yang salah, AKU BELUM BERJAYA. Nilai kejayaan bukan dinilai dari harta benda. Semuanya akan ditarik, yang tinggal hanya AMALANKU . Jadi, bilakah aku akan BERJAYA? Selepas nyawaku diambil, disoal segala apa yang aku lakukan, walau sebesar zarah sekalipun. SYURGA atau NERAKA . AKU NAK BERJAYA KE SYURGA. Itulah kejayaan yang sebenar utk aku dan tugasku memimpin keluargaku bersama-samaku, aku perlukan Guruku, ustaz @tarmiziabdrahman ,kerana untuk ke SYURGA, usahaku perlu lebih, lebih dari semuanya yang aku usahakan.

A post shared by SR (@saharulridzwan) on

Selain itu, Saharul juga turut mengimbas kembali kenangan suka duka ketika awal penglibatannya dalam dunia lakonan.
“Viva ini aku beli gunakan duit pinjaman Mara untuk bayar deposit, tapi aku grad dengan 3.71, Diploma in Aircraft Maintenance, pinjaman itu dah jadi scholarship, aku tak perlu bayar apa-apa.
“Rezeki aku dibidang lakonan, kereta inilah yang aku gunakan masa mula-mula aku berlakon, insan yang mula-mula ambil aku tanpa casting untuk pegang watak utama walaupun aku kosong dalam lakonan adalah GURU, KAKAK, IBU aku, sis @sheilarusly_jspictures. Saharul ketika melakonkan babak dalam filem Hantu Rumah Sakit Jiwa. “Aku pernah ditampar diset, tapi aku tak ambik hati langsung, aku tahu Guru aku sedang mengajar aku atas kesilapanku. Masa tengah shooting #KauAkuKita dengan @jannanick, aku cakap dekat sis “Sis, saya nak award, saya nak orang nampak hasil kerja saya.
“Kami sapu semuanya dalam DFKL2016. Terima kasih Sis dan abg @jinggo_jspictures. Sampai mati saya akan jasa ingat sis dan abang Jinggo, saya sayang sis dan abg jinggo. SAYA MINTA MAAF, saya hilang sekejap, saya JANJI saya akan datang balik untuk banggakan sis dan abg Jinggo. Terima Kasih. Pernah ditampar diset namun tidak ambil hati. “Dan sekarang, aku berdiri di hadapan sebuah kereta yang penuh dengan sentimental value, merenung betapa susahnya mendaki sebuah kejayaan. Mandi di petronas, kereta rosak tengah jalan, accident, macam-macam lagi.
“Sehinggalah aku mampu untuk pakai kereta Merc di belakangku hasil tunjuk ajar Guru aku, @man_sixpointtwo @aku_afendy @fizoomar , walaupun hanyalah sebuah kereta recond, tahun 2013,” coretnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyatakan rasa kagum dan mendoakan segala perancangan yang dibuat oleh Saharul dipermudahkan tuhan.
Related Topics
Must-Watch Video
Viral

Dikritik Gara-Gara Bergambar Dengan Kereta Tank Israel, Bright Vachirawit Mohon Maaf

gempak
26/07/2024
23:55 MYT
Pelakon Thailand, Bright Vachirawit menerima kecaman yang hebat gara-gara bergambar di hadapan sebuah kereta tank didakwa milik Israel ketika berada di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Hiburan

Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

gempak
26/07/2024
21:30 MYT
Kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.
Viral

Pesta Kahwin Ada Lagi 2 Bulan, Anant Ambani Sambung Rai Di UK, Putera Harry, Meghan Tetamu

gempak
26/07/2024
15:55 MYT
Ingatkan sudah selesai, rupa-rupanya masih ada lagi majlis perkahwinan penuh sensasi yang mahu diraikan antara orang terkaya dunia, Mukesh Ambani.
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Viral

Bateri Litium Meletup Dalam Lif, Lelaki Meninggal Dunia Selepas 28 Hari Dirawat Di Hospital

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video rakaman CCTV memperlihatkan sebiji bateri litium yang dibawa oleh seorang lelaki meletup dan terbakar dalam lif meraih perhatian netizen seluruh dunia.