KAW
Stacy Tunai Janji 'Kongsi' Anak
Tidak sampai 24 jam, Instagram @eshaal_1717 yang dibuka Stacy dan Akim Ahmad khusus untuk merakamkan momen bayi mereka, Eshaal Afiq Akim, diikuti hampir 4,000 pengikut.
Nyata, seperti dijanjikan di awal kehamilan dulu pasangan penyanyi popular itu kini mahu mengotakan janji untuk berkongsi wajah permata hati mereka apabila tiba masanya.

(Kredit Gambar: Instagram Eshaal Afiq Akim @eshaal_1717)
Akuinya dapat perkongsian terawal, peminat boleh mengikuti gambar dan perkembangan Eshaal menerusi akaun khas terbabit.
Laman sosial si kecil yang dibuka genap 44 hari kelahirannya itu hingga kini sudah dimuatkan dengan lima perkongsian gambar serta video.

(Kredit Gambar: Instagram Eshaal Afiq Akim @eshaal_1717)
Gambar yang mendedahkan wajah Eshaal buat pertama kali kepada umum, semalam menerusi akaun peribadi Stacy, meraih 60,000 likes.
Itulah juga gambar sulung yang dikongsi di @eshaal_17 berserta kapsyen "Assalamualaikum semua, hari ini Eshaal sudah 44 hari usianya”.
Apa saya boleh katakan, Eshaal sekarang kuat minum susu dan tidur. Dia juga tak banyak ragam. Pendek kata dia anak yang baik.
"Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan saya dan anak," katanya.
Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, melahirkan bayi perempuan seberat 2.97 kilogram berkenaan di sebuah hospital swasta di ibu kota pada Februari lalu.

(Kredit Gambar: Instagram Eshaal Afiq Akim @eshaal_1717)
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 di kampung halaman Stacy di Kota Kinabalu, Sabah.
Sebelum berkahwin Stacy mempunyai anak angkat yang diberikan nama Bella De Luna Valentina, 5 tahun.
Rojak Daily Kaw! pun seronok ikuti telatah anak selebriti yang rata-rata sama popular dengan ibu bapa mereka.