
Khairul Amri Hassan membidas kenyataan Janna Nick, pelakon Biar Aku Jadi Penunggu bersama Asyraf Muslim berhubung tindakannya yang enggan memakai baju rekaan beliau pada sesi fotografi kerana tampak seksi dianggap tidak masuk akal di dalam akaun facebook miliknya.

Menurut Khairul seperti tulisannya di Facebook, dia menyediakan enam helai pakaian termasuk jaket oversize, skinny fitted pants dan gaun hijau zamrud selain sehelai 'oversized jumper', gaun paras bawah lutut, 'loose top', skirt paras bawah lutut, sehelai gaun biru paras bawah lutut dan sehelai gaun hitam 'strapless' paras lutut. Namun Janna bukan sahaja tidak menggayakan mana-mana pakaian disediakan, malah memilih menyarung persalinan yang dibawanya sendiri tanpa memaklumkan kepada pereka fesyen akan pilihannya itu.