KAW
Tahniah Awie!
Bintang rock terkenal, Awie akhirnya memberi berita gembira buat peminatnya apabila sudah bertunang pada 3 Jun lalu.
Desas desus berita pertunangan vokalis utama kumpulan Wings itu menjadi perhatian ramai peminat selepas sekeping gambar tunangnya bersama dua anaknya tersebar di Internet. Awie akhirnya mengaku dia sudah bertunang seperti dilaporkan Kosmo!.
Meskipun ia berita gembira buat penyanyi itu, Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar Othman tidak mahu mengumumkan kisah pertunangannya bersama Sharifah Ladyana pada khalayak kerana ia disifatkan peribadi.

Gambar tunang Awie yang menjadi viral di Internet.