Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
KAW

“Tak Mampu Balas Pengorbanan Ibu Dan Ayah.” – Irfan Haris

Z. Nadzri 06/06/2017 | 02:20 MYT
Bahang populariti mulai dirasai penyanyi lagu Redha, Irfan Haris Othman, 16, apabila dia terpaksa berulang alik antara Johor Bharu dan Kuala Lumpur demi memenuhi pelbagai agenda seni di ibu kota.

Meskipun Irfan gembira dengan perkembangan itu kerana menjadi penyanyi adalah cita-citanya sejak kecil namun dia terpaksa mengorbankan masanya bersama keluarga. Ramadan ini juga dia tidak dapat menyempurnakan solat tarawikh sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

Korbankan masa berterawih bersama keluarga.
“Tarawikh, solat sunat yang Allah SWT hadiahkan kepada umat Islam hanya pada Ramadan saja. Seboleh mungkin saya tak mahu meninggalkannya tetapi tahun ini saya agak sibuk.

“Memang seronok ke masjid bersama keluarga dan apabila sampai di rumah Allah SWT itu menambahkan lagi kesyahduan di hati,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Bersyukur dengan sokongan penuh ibubapa.
Sempena Ramadan ini juga, setulus hati Irfan menzahirkan seluruh kasih sayangnya buat kedua orang tuanya yang sentiasa menyokong minatnya dalam bidang seni.

“Mereka menyediakan segala yang terbaik untuk saya, sanggup menemani saya dan kerana merekalah saya berada pada tahap sekarang.

Lagu Redha semakin diminati ramai.
“Saya tidak termampu membalas pengorbanan mereka, melainkan secebis doa agar mereka berdua berbahagia di dunia dan akhirat,” katanya.

Jadual semakin padat.
Irfan baru saja tampil dengan single kedua berjudul Pesan dan lagu itu mengulangi kejayaan lagu Redha. Baru saja dimuatnaik di Youtube, ia sudah ditonton lebih 800,000 kali.

Pesan juga menjadi lagu runut bunyi untuk drama Ku Kirim Cinta lakonan Ayda Jebat dan Redza Rosli.

#Ramadan Dari Hati