Skip to main content

Market Trends

“Tak Pernah Beri Kenyataan Macam Ni” – Hafreez Adam

hafreez-nafi-lamar-zara-zya.jpg
Pelakon Hafreez Adam menafikan dakwaan bakal melamar aktres Zara Zya selepas drama terbaru mereka, Mona Lisa tamat. Menurut Hafreez, dia tidak pernah memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.
Peminat merestui hubungan Hafreez dan Zara Zya 
“Cuma nak jelaskan yang abe tak pernah buat kenyataan macam ini. Itu sahaja nak bagitahu. Tak baik mereka ini reka cerita,” tulisnya di Insta Story semalam.
 
Selain itu, Hafreez juga turut memuat naik paparan screenshot yang menunjukkan keratan tajuk di sebuah IG bertulis ‘Hafreez Adam Akan Melamar Zara Zya selepas tamat drama Mona Lisa’.
Hafreez mahu perjelaskan keadaan sebenar
 
Terdahulu, Hafreez membuat pengakuan mengenai hubungan cintanya dengan Zara Zya pada awal April lalu. Akui rapat sejak enam bulan lalu, Hafreez berkata dia sengaja tidak mahu menghebahkan berita itu kerana bimbang disalah tafsir.
Hafreez mendedahkan hubungan cinta dengan Zara Zya awal April lalu
 Selain Hafreez, pelakon lain yang turut membintangi Mona Lisa adalah Zara Zya, Nazim Othman dan Mona Allen. Drama adaptasi Korea daripada naskah The Women’s Room itu bersiaran sebanyak 80 episod.
 
Drama arahan Shahrul Ezad Mohameddin itu sedang ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video