Penyanyi Ziana Zain membuat pengakuan tidak pernah dikasari secara fizikal oleh suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri.
Ziana berkata, terlalu banyak perkara yang telah berlaku sepanjang tempoh lebih 20 tahun hidup bersama Armin dan enggan mendedahkannya demi menjaga maruah keluarga dan suami.

"Tidak pernah berlaku kekasaran fizikal, tetapi penderaan mental itu ada. Saya mungkin boleh bertahan, tetapi tidak untuk anak-anak.
"Namun biarlah segala apa yang berlaku selama ini tersimpan menjadi rahsia antara kami. Cukup hanya saya dan anak-anak yang mengetahuinya.
"Sebab perlu diingat, masing-masing ada maruah yang perlu dijaga. Walaupun sudah tidak bersama lagi, ada beberapa rahsia yang perlu disimpan," katanya seperti dilapor Kosmo Online.

Bagaimanapun Ziana akui tidak berasa kesal dengan apa yang berlaku kepada rumah tangganya dan berharap agar dia dan suami dapat mencari kebahagiaan masing-masing selepas ini.
"Sebagai isteri, kalau boleh saya mahu selamatkan rumah tangga tetapi kalau Tuhan berkata Kun Faya Kun terhadap sesuatu perkara, maka jadilah ia. Ia ditambah pula dengan insiden yang berlaku terhadap anak saya.
"Jadi mungkin inilah jalan keluar daripada masalah yang membelenggu saya selama berpuluh tahun lalu. Sekarang saya sudah boleh tarik nafas lega kerana tiada lagi perkara yang menyesakkan dada," ujarnya.

Ziana dan Armin berkahwin pada tahun 1998 dan berada di ambang perpisahan apabila penyanyi itu memfailkan permohonan cerai selepas suaminya dihadapkan ke mahkamah Mac lalu kerana mencederakan seorang daripada empat anak mereka.
Kes tersebut kemudiannya ditangguhkan pada 28 Jun depan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadap Ziana.
Sumber: Kosmo Online