KAW
Telenovela Popular di Malaysia
Pasti ada rancangan dibawah ini yang menjadi pujaan hati anda. Hari-hari tengok, bolehlah belajar cakap latin lepas ni.

Gambar: www.filmaffinity.com
1) La Usurpadora
Negara asal: Mexico
Siaran: NTV7, Astro Bella
Cerita ini mengisahkan pasangan kembar yang telah terpisah sejak kecil dan apabila besar, mereka terperangkap dalam satu siri penyamaran. Si kakak hidup miskin dan perlu menggantikan tempat adiknya yang menjadi isteri orang kaya yang sering meninggalkan suami dan keluarganya untuk curang bersama lelaki lain. Telenovela ini menjadi hit di Mexico dan turut disiarkan di beberapa negara luar termasuk Malaysia. Pelakon utama, Gabriela Spanic membawa dua watak iaitu si kembar yang baik dan jahat dan hero pula dipegang oleh Fernando Colunga.

Gambar: www.hulu.com
2) Mis 3 Hermanas
Negara asal: Venezuela
Siaran: NTV7
Berkisahkan kekeluargaan, kisah empat beradik dimana si abang sulung yang menjadi ketua keluarga, menjaga tiga adik perempuanya selepas kematian ibu dan ditinggalkan bapa. Augusto, abang paling sulung perlu menyara hidup dia bersama isteri dan juga tiga adik perempuannya dan perkara ini tidak disukai oleh isterinya. Disinilah konflik kekeluargaan mula timbul dan apabila cinta mula berputik diantara Lisa dan Santiago yang turut menjadi perhatian isteri abangnya. Dibintangi Scarlet Ortiz dan Ricardo Alamo.

Gambar: wikipedia
3) Yo Soy Betty La Fea
Negara asal: Colombia
Siaran: NTV7, Astro Bella
Yo Soy Betty La Fea, merupakan antara telenovela latin paling popular dan menjadi telenovela pertama diinspirasi oleh serata negara termasuklah di Amerika Syarikat yang menghasilkanUgly Betty. Kisah ini menceritakan kisah Betty yang dianggap hodoh namun bekerja di sebuah syarikat fesyen terkemuka. Namun Betty berjaya menyerlah dengan kecekapannya bekerja dan kebaikan hatinya sehingga membuatkan pengarah syarikat mula terpikat. Betty menempuh hari-harinya dengan penuh kesabaran sehinggalah dia melakukanmakeover dan meninggalkan imej hodohnya.

Gambar: fanpop.com
4) Rosalinda
Negara asal: Mexico
Siaran: TV3, Astro Bella
Bintang latin terkenal, Thalia, memegang watak hebat. Rosalinda seorang gadis tabah yang perlu menempuh pelbagai dugaan antaranya dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa, hilang ingatan, kecelaruan identiti, percintaan yang hampir gagal dan penderitaan akibat kisah ibunya. Telenovela dengan 80 episod ini turut popular dengan lagu temanya, "Rosalinda", yang turut dinyayikan oleh Thalia.

Gambar: lockerdome.com
5) Maria Mercedez
Negara asal: Mexico
Siaran: NTV7, Astro Bella
Telenovela, Maria Mercedes dibintangi oleh Thalia, Arturo Peniche dan Laura Zapata disiarkan pada tahun 1992 di Mexico. Ia mengisahkan gadis miskin, Maria Mercedes yang menyara dua adiknya dengan bekerja sebagai penjual tiket loteri dan menjadi badut. Ada sebuah perjanjian perebutan harta berlaku sehingga menyebabkan Maria perlu pindah ke dalam sebuah rumah orang kaya dan jatuh cinta pada Jorge luis, jejaka kacak yang tinggal di rumah tersebut. Pelbagai dugaan perlu ditempuh untuk Maria mahu hidup bahagia bersama dengan Jorge Luis.

Gambar: www.filmaffinity.com
6) El Amor No Es Como Lo Pintan
Negara asal: Mexico
Siaran: TV1
El Amor No Es Como Lo Pintan dihasilkan di Mexico untuk TV Azteca dan disiarkan pada 4 September 2000 hingga 4 Mei 2001. Siri dengan 175 episod ini merupakan antara yang mendapat tempat dan paling hit di Mexico. Mempunyai jalan cerita sama sepertiBetty, ia mengisahkan seorang gadis hodoh, Alicia, yang sering dikeji dan dipulaukan atas sebab rupanya dan jatuh cinta dengan jejaka pilihan ramai. Namun, dia mencuri tumpuan dengan kebijaksaan dan keihklasan hatinya sehingga membuatkan jejaka itu terpaut hati padanya.

Gambar: luisafernanda-012.skyrock.com
7) La Intrusa
Negara asal: Mexico
Siaran: TV3
Telenovela dengan 135 episod ini turut menceritakan kisah kembar seiras yang menjalani hidup penuh cabaran dan konflik kekeluargaan yang diluar jangkaan. Satu demi satu rahsia keluarga terbongkar dan ia semakin menyusahkan hidup Virginia Martinez, lakonan hebat Gabriela Spanic serta cinta hatinya, Arturo Peniche.

Gambar: vmffamaelite.blogspot.my
8) Mi Gorda Bella
Negara asal: Venezuela
Siaran: NTV7
Mi Gorda Bella adalah telenovela dari Venezuela dengan 178 episod dan ditayangkan selama setahun. Dibintangi oleh Natalia Streignard dan Juan Pablo Raba, ia berkisahkan gadis gemuk yang sering menjadi cemuhan ramai menjadi pilihan jejaka kacak. Menariknya lagi mengenai telenovela ini, ia turut menjadi inspirasi drama untuk negara India yang bertajuk Dekho Magar Pyaar Se, drama Mexico dengan tajuk Llena de Amor serta Malaysia, dengan tajuk Manjalara yang disiarkan pada tahun 2007.

Gambar: www.viki.com
9) Catalina y Sebastian
Negara asal: Mexico
Siaran: TV2
Catalina y Sebastian, sebuah kisah cinta penuh romantik yang pertama kali mengabungkan hero dan heroin terkenal Mexico, Silvia Navarro dan Sergio Basanez. Cerita ini kemudiannya dibangunkan dan ditambah dengan sedikit plot tambahan menerusi telenovela bertajuk Contrato de Amor yang turut disiarkan di Mexico.

Gambar: foro.telenovela-world.com
10) Secreto De Amor
Negara asal: Venezuela
Siaran: NTV7
Secreto de Amor ataupun rahsia cinta merupakan sebuah telenovela Amerika Syarikat yang dihasilkan oleh produksi Venezuela pada tahun 2001. Menjalani penggambaran di Miami Florida, telenovela ini dilakonkan oleh bintang latin terkenal, Scarlet Ortiz dan Jorge Aravena. Kisah percintaan mereka dilanda pelbagai liku dan bagaimana mereka bersatu mempertahankan cinta mereka berdua.
Must-Watch Video