KAW
Temuan Takdir Diiktiraf Di Los Angeles
Filem Temuan Takdir arahan Dhyan Vimal berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa menerusi dua anugerah yang dimenangi pada Festival Filem Los Angeles baru-baru ini. Pengarah pertama kali itu yang juga bertindak sebagai produser menerima anugerah Pengarah Baru Terbaik dan Skor Asal Terbaik.
Filem yang diberi judul antarabangsa, Meeting Fate dijayakan pelakon Datuk Zahim Albakri, Vanidah Imran, Azura Zainal, Thanuja Ananthan, Ery Zukhairi, Amai Kamarudin, Malieq Abdullah dan Kiranjit Kaur ini bertanding pada acara tersebut yang menjadi platform terbesar yang disertai lebih 300,000 pembikin filem dan artis dari seluruh dunia.
Menurut maklumat dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di Facebook hari ini, filem ini juga sebelum ini meraih anugerah Pembikin Filem Baru Terbaik pada Festival Filem Chandler 2016 dan Festival Filem London Themodcon serta Anugerah Pengiktirafan Pertandingan Filem Global Amerika Syarikat.
Must-Watch Video