Luangkan hujung minggu anda pada hari Junaat, Sabtu dan Ahad ini untuk sama-sama menjadi sebahagian daripada Karnival 2018 Astro x Karangkraf.

Bakal diadakan di Bangunan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, program yang menggabungkan dua gergasi media ini julung kali diadakan. Sepanjang tiga hari acara ini berlangsung, pelbagai aturcara menarik telah disusun untuk para pengunjung.

Meliputi pelbagai aktiviti melibatkan kanak-kanak, para ibu, anak-anak muda dan keluarga, anda juga boleh bertemu dengan personaliti-personaliti kesayangan yang turut sama akan turun padang menyertai Karnival 2018 ini.

Ini sebahagian barisan-barisan personaliti yang akan memeriahkan karnival 2018 Astro x Karangkraf:

1. Azad Jazmin dan Eira Syazira - Mingguan Wanita Power Talk

Pasangan serasi bersama.

Bagi peminat pasangan bahagia ini, mereka akan berada di Karnival 2018 pada hari Ahad bermula jam 4.30 petang hingga 5.30 petang bertempat di pentas utama. Mereka akan ditemani oleh Nurul Syuhada sebagai moderator untuk membincangkan tip-tip kekeluargaan dan isu semasa berkaitan wanita.

2. My Doctors - Sesi soal jawab bersama Dr Say, Dr Liyana dan Dr. Uzair

My Doctors ini akan menjawab semua persoalan tentang kesihatan.

Bagi isu-isu berkaitan kesihatan dan gaya hidup, anda boleh bertemu dokor kacak viral, Dr Say, Dr Liyana dan Dr Uzair secara langsung pada hari Sabtu bertempat di pentas mini Astrozone bermula jam 8.15 malam hingga 9.15 malam. Jika anda terlepas sesi itu, jangan risau kerana para doktor ini akan kembali di pentas utama pada jam 9.30 malam hingga 10 malam, hari yang sama.

3. Pok Ya - Sabri Yunus

Sabri Yunus atau lebih dikenali sebagai Pok Ya, watak utama dalam telefilem Pok Ya Cong Codei turut akan hadir di Karnival 2018. Anda boleh berhibur dan gelak ketawa mendengarkan sketsa dari Pok Ya pada hari Ahad, 5.30 petang hingga 6.30 petang bertempat di pentas utama. Selain itu, anda juag boleh bertemu Sabri Yunus untuk sesi suai kenal pada jam 6.15 petang hingga 6.45 petang di pentas mini Astrozone

4. Tajul, Zarul Husin dan Fikri - Meet and greet Tergantung Rindu

Antara telefilem yang dinanti-nantikan, ini merupakan cubaan pertama bidang lakonan buat penyanyi Tajul, Haqiem Rusli dan Wany Hasrita. Telefilem ini akan menemui penonton pada 9 Jun 2018, 9 malam di saluran Astro Citra dan Mustika HD. Antara pelakon utamanya, Tajul, Zarul Husin dan Fikri akan berada di Karnival 2018 pada hari Sabtu, jam 6.15 petang hingga 7 malam bertempat di pentas mini Astrozone bagi sesi suai kenal.

5. DAK DAK ERA dan Danial

Danial, Juara Lawak Solo.

Nak kan hadiah yang menarik dari DAK DAK ERA dan juga penyampai radio Era Solo, Danial? Anda kena serbu pentas mini Astrozone pada hari Sabtu bermula jam 2 petang hingga 3 petang. Pelbagai peraduan dan permainan akan diadakan dan anda boleh menang banyak hadiah yang mereka bawa.