Kaw
Throwback! Lima 'Punchline' Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah Paling Kelakar
Pertama kali filem ini ditayang, ia terus bikin fenomena. Masih ingat lagi saya menonton filem ini sebanyak tiga kali!
Puncline demi punchline diberikan, malah setiap watak mempunyai identiti dan tagline mereka sendiri. Terus melekat di kepala!
Ada yang menganggap filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) sambungan kepada filem Zombi Kampung Pisang (2007), namun hakikatnya ia bukan sambungan kerana tiada zombi ditampilkan dalam filem ini.
Tidak lama lagi kita akan menyaksikan filem seterusnya iaitu Hantu Kak Limah yang bakal ditayangkan 9 Ogos ini. Namun sebelum anda menyaksikan filem terbabit, apa kata kita throwback sekejap moment atau babak paling kelakar dan ikonik dalam filem pertama ini.
Banyak sebenarnya, tapi saya senaraikan lima babak paling kelakar dalam filem pertama ini.
#5 SATU KAMPUNG MENARI
Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas. Nyanyian berhantu Kak Limah ini nampak seram pada awalnya, namun mungkin ia disalah erti oleh penduduk Kampung Pisang, maka menarilah semuanya.Pertama kali menonton iaitu 8 tahun lalu, memang tidak sangka plot twist punchline Mamat Khalid ini.
#4 PELAWOK, PELAWOK, PELAWOK
Dalam adegan ini, bomoh Comprak (kamarul yusoff) cuba menyeru hantu Kak Limah. Bagaimanapun bukan Kak Limah yang muncul sebaliknya hantu pakaian dalam pula muncul. Habis dicampaknya merata-rata.Serious jangan tanya apa jenis hantu apa yang keluar dalam babak ini, pasti anda boleh agak. Antara dialog kelakar dalam babak ini “Besarnya, boleh perah santan”.
Tidak dilupakan, hantu daripada jiran sebelah iaitu Nang Nak turut membuat kemunculan.
#3 ORANG INDONESIA, KALAU TIDAK PENUH ILMU DI DADA…
Lakonan hebat Soffi Jikan sebagai Wak Joko ini pastinya yang paling popular. Ayat keramat babak ini adalah ‘Aku orang Indonesia, kalau tidak penuh ilmu di dada, enggak sampei ke puncak Everest’. Paling tidak masuk akal ketika wak joko ini melawan Yeti di Gunung Everest!Babak kelakar ketika Wak Joko cuba menunjukkan kehandalannya menangkap ayam. Namun bukan ayam yang ditangkap, sebaliknya kepala Kak Limah!
Klimaks punchline pula ketika KaK Limah melempang Wak Joko! Demam terus dibuatnya dan terpaksalah Pak Jabit menghantarnya kembali ke Indonesia.
#2 REMPIT LAPAN TIANG
Watak dibawa oleh Johan (Abi Hurairah) antara paling menyerlah dalam filem ini. Babak rempit pacak 8 tiang memang susah nak lupa.Johan pada awalnya mempelawa Kak Limah untuk menumpangnya balik, namun akhirnya terpaksa memecut laju apabila mendapati ia sebenarnya hantu Kak Limah! Paling kelakar apabila Johan memuji Kak Limah kelihatan seksi dalam gelap.
#1 SABOR JELAHHH
Ini pendapat saya, mungkin bagi bagi anda lain. Dalam babak ini, Usop Wilcha mengajak orang ramai menyokongnya untuk membakar rumah Kak Limah. Jika sokong maka angkatlah tangan.Namun dalam ramai-ramai penduduk yang mengikut gaya lenggok tangan Usop Wilcha, rupanya terselit juga Kak Limah di situ.Kak Limah tidak berganjak dan terus berkepit di sebelah Wan Kaswi (lakonan Allahyarham Azwan Annuar).
Memang kecoh dibuatnya, namun klimaks dalam babak ini adalah apabila Wan Kaswi melakukan langkah aura langit keenam (seakan Tai Chi) dengan harapan menghalau Kak Limah.
Disebabkan ia tidak berjaya, maka akhirnya Wan Kaswi reda lalu mengheret Kak Limah bersama. Anda saksikan sendiri video ini.
Hari ini saya akan menonton tayangan awal filem terbaru Hantu Kak Limah dan pastinya saya teruja untuk kembali menyaksikan lawak bersahaja ditampilkan Mamat Khalid. Memang rindu lawak-lawak Mamat Khalid.
Ulasan kepada filem terbaru ini nanti anda tunggulah tidak lama lagi. Filem ini akan ditayangkan pada 9 Ogos.
Must-Watch Video