KAW
Tiada Lagi Bidang Lakonan Dan Nyanyian, Fir Affandi Fokus Kerjaya Di Sarawak
Peminat drama melayu pasti mengenali wajah ini. Daripada menyanyi, dia mengorak langkah menjadi seorang pelakon dan kini sebagai seorang penyampai radio. Fir Affandi atau nama sebenarnya Firdaus Bin Affandi, 29 tahun kini memilih untuk menetap di tempat kelahirannya, Kuching, Sarawak dan mengendalikan segmen Pagi Era Sarawak sepenuh masa bersama Afick.
A post shared by FirAffandi (@firaffandi) on
Cukup dikenali dengan drama 7 Ramadan, Berselindung Di Sebalik Kaabah dan Hantu Susu, Fir terlebih dahulu mencipta nama apabila menyertai rancangan realiti Akademi Fantasia musim ke-9. Siapa sangka kemunculan selama dua minggu di konsert mingguan benar-benar mengubah namanya meniti populariti.
Berkesempatan menemui Fir ketika majlis sidang media Era Sarawak baru-baru ini, Fir kelihatan cukup bahagia menetap di negeri kelahirannya. "Komitmen saya sekarang bersama Era Sarawak adalah sepenuh masa. Jadi saya tidak lagi menerima tawaran lakonan dan menyanyi juga mungkin tak cukup nafas dah sejak badan dah naik ni", ujarnya berseloroh.
Mengendalikan segmen Pagi Era Sarawak bermula 22 Januari 2018 yang lalu bersama pasangan paginya, Afick, tekanan untuk menghiburkan pendengar pagi cukup dirasai terutamanya apabila mereka menggantikan segmen pagi JoHaRa Pagi ERA di Sarawak.
Namun bagi Fir dan Afick, maklumbalas positif yang diterima menjadi pemangkin semangat untuk mereka terus berikan yang terbaik. "Setakat ini respon yang kami terima dari pendengar Era Sarawak cukup memberangsangkan dan aura positif yang kami terima inilah menjadi semangat untuk kami", jelas Fir lagi. 

Mengetengahkan 100 peratus kandungal lokal, antara segmen baharu yang menghiburkan pendengar pagi adalah prank call ‘Kan Dah Kenak’, sketsa drama Mr. Penuak (Encik tahu semua benda), topik tular setiap pagi, tetamu jemputan serta peraduan-peraduan menarik. 

Harapan setinggi gunung, pastinya Fir dan Afick mahu memberikan kandungan yang positif pada semua pendengar Era Sarawak. Mahu memberikan kelainan dengan penggunaan bahasa Sarawak sepenuhnya, sajian Pagi Era Sarawak pastinya akan lebih gempak dan melekat di hati semua pendengar.
Must-Watch Video