Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Tiada Lagi Brangelina

Ain Mahthir
21/09/2016 01:59 MYT
Berakhir sudah perkahwinan dua bintang Hollywood Angelina Jolie dan Brad Pitt. Ianya terjadi apabila Angelina memfailkan penceraian daripada suaminya itu. 

Berdasarkan dokumen mahkamah, pasangan tersebut pernah berpisah pada 15 September, dua bulan selepas mereka berkahwin iaitu pada Ogos 2014. Mereka berkahwin setelah 10 tahun tinggal bersama.

Memetik laporan portal TMZ, Angelina menuntut hak penjagaan terhadap enam anak mereka. Peguam Angelina, Robert Offer mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan.

"Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku sekarang, tapi apa pun yang terjadi kini adalah keadaan anak-anak dan saya memohon pihak media memberi ruang kepada mereka untuk melalui situasi sukar ini," kata Brad Pitt kepada CNN. 

Menurut Geyer Kosinski, pengurus Jolie kepada E! News, Angelina akan sentiasa lakukan yang terbaik untuk melindungi anak-anaknya.
#Celebrity