Kaw
Tiada Lagi Mad Sabah, Kini Jay, Lopz dan Adnan Gandingan Baharu Pagi ERA FM Sabah
Buat pendengar ERA fm Sabah ataupun pengikut setia stesen radio ini, pasti anda tahu beberapa bulan yang lalu, ERA fm Sabah telah menganjurkan sebuah pertandingan mencari penyampai radio bagi segmen pagi mereka. Dua tempat bagi segmen pagi ini telah diisi oleh bekas peserta Lawak Solo dan Maharajalawak Mega 2017, Mad Sabah dan Adnan, jejaka dari Keningau apabila mereka telah terpilih sebagai penyampai pagi ERA fm Sabah.
Namun pada 10 Julai yang lalu, ERA fm Sabah berwajah baharu dengan menampilkan gandingan hebat tiga tiga penyampai ERA fm Sabah iaitu Jay, Lopz dan Adnan pada setiap pagi Isnin hingga Jumaat.
Menurut Pengurus Besar Astro Radio, Hafizuddin Nazmuddin, “Segmen pagi ERA Sabah bersama tiga penyampai ini merupakan salah satu inisiatif kami bagi memastikan inti pati di radio ini sentiasa terkini dan segar untuk para pendengar. Tambahan pula, Lopz dan Jay merupakan tunggak penyampai radio di ERA fm Sabah dan mereka berdua sememangnya sangat serasi apabila di gandingkan bersama. Gandingan Jay, Lopz dan Adnan pastinya akan lebih meriah dan menghiburkan untuk Pagi ERA Sabah kali ini”.
Tambahnya lagi, “Pihak ERA fm juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Mad Sabah yang bertugas selama ini sebagai penyampai radio ERA fm. Segala sumbangan dan pembabitan beliau selama ini amat kami hargai”.
Selain daripada segmen pagi, segmen-segmen yang lain di ERA fm Sabah juga kini berwajah baru dengan beberapa perubahan pada segmen dan penyampai radio. Segmen ‘Kasi on Saja’ akan diceriakan oleh gadis jelita, Beebey pada pukul 10 pagi hingga 1 petang. Segmen seterusnya pula, pendengar akan bersama Emma di segmen yang diberi nama ‘#BBKK’ pada pukul 1 hingga 4 petang. Pada waktu petang pula, pendengar akan bersama ‘abang sado’ Kim untuk segmen petang ‘Eramaiti’ pada pukul 4 petang hingga 8 malam. Segmen terakhir adalah pada waktu 8 hingga 12 malam yang akan ditemani oleh Samantha di segmen ‘Stay-Stay Dulu Bah’.
Must-Watch Video