Kaw

Tip Kurus Wanita ‘Sado’ Malaysia

Nurul Izza
06/05/2016
08:58 MYT
Sponsor Banner
Tip Kurus Wanita ‘Sado’ Malaysia
Seorang model kecerdasan yang mula dikenali selepas menyertai program kecergasan di saluran Astro Bella. Nana Al-Haleq, wanita 30 tahun yang menjadi inspirasi golongan hawa untuk meningkatkan usaha serta melakukan senaman juga pengambilan makanan dengan cara yang betul.
Gambar: Facebook/NanaAlHaleq
Dengan 92.3 ribu pengikut di laman Instagram (@nanaalhaleq) dan lebih 11,500 likes di laman Facebook, Nana layak diangkat sebagai Fitness Queen on Social Media. Nana tidak lokek berkongsi nasihat serta tip kesihatan dan kecergasan termasuk pengambilan menu harian juga senaman buat mereka yang inginkan tubuh langsing atau ‘sado’ sepertinya di laman sosial. Dapatkan lebih tip dan teknik senaman dengan menonton program kecergasan bertajuk Home Workout bersama Nana Al-Haleq serta selebriti jemputan iaitu Sharifah Sakinah, Dynas Mokhtar dan Sari Yanti pada 8 Mei ini, Ahad jam 5 petang di Astro Bella (Saluran 133) dan Mustika HD (Saluran 134).
Gambar: Astro Bella

10 Tip Kurus Cergas Versi Nana

1. Pastikan anda mendapat rehat dan tidur mencukupi bagi mengelakkan tekanan yang menyumbang kepada peningkatkan berat badan.
2. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya tiga liter sehari.
3. Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak yang tinggi kandungan kalori.
4. Ambil makanan seimbang dan jangan makan secara berlebihan.
5. Pastikan anda mengambil protein secukupnya dalam setiap hidangan.
6. Kurangkan pengambilan garam yang boleh mengembalikan air dalam tubuh, sebaliknya gantikannya dengan rempah-ratus.
Gambar: Facebook/NanaAlHaleq
7. Lakukan senaman upper body seperti push up untuk atasi masalah payudara saggy.
8. Wanita yang sedang haid akan mengalami pengurangan tenaga dan peningkatan hormon. Usah bimbang jika berat badan meningkat sedikit ketika haid. Kawal pemakanan dan jangan paksa diri untuk bersenam bagi mengelakkan kekejangan di bahagian perut. Sebaik-baiknya lakukan senaman ringan sepanjang haid.
9. Wanita berumur pula perlu bersenam mengikut kemampuan. Hasilnya mungkin tidak seperti diharapkan, namun usah sesekali berhenti bersenam.
10. Jika anda tidak memperolehi hasil yang diharapkan melalui senaman seperti tiada pengurangan berat badan, lihat pada aspek lain seperti ukur lilit pinggang dan peningkatan stamina. Usah berputus asa.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live